
Filem arahan Pierre Andre itu mencetuskan pendebatan apabila nama pendakwah bebas terkenal ini turut disenaraikan sebagai salah seorang pelakon.
Ramai pihak menganggap produser ini hanya menggunakan populariti Ustaz Azhar untuk melariskan filemnya.
"Sebenarnya Ustaz Azhar bukan satu-satunya pilihan kerana kami juga menyenaraikan beberapa nama pendakwah lain termasuk Ustaz Don Daniyal. Bagaimanapun Ustaz Azhar jadi pilihan kerana dia amat dihormati ramai, selain dia sendiri berasal dari Terengganu.
"Filem ini turut menggunakan loghat Terengganu dan Ustaz Azhar selayaknya dipilih. Watak yang diberikan pun sesuai dengan dia. Ustaz Azhar bukan pelakon, tetapi watak yang diberikan asli dengan karakternya sebagai pendakwah."
Darisudutpandang: Bagi aku tak ada salahnya jika Ustaz Azhar Idrus berlakon dalam filem dengan syarat ianya tidak melanggar syariat yang dibenarkan. Ini mungkin dapat memperkembangkan lagi dakwah islam kepada orang bukan islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan