Rabu, 16 Oktober 2013

Liga Super Malaysia 2014: Spekulasi pemindahan pemain

Bila liga bolasepak dah habis...macam biasalah ini masanya untuk setiap pasukan membeli pemain baru untuk memperkuatkan pasukan masing-masing bagi memberi cabaran dan memenangi piala yang di pertandingkan. Jika kita lihat di 4 negara yang mempunyai peminat yang besar dalam liga bolasepaknya seperti: EPL, Series A, La Liga  dan Ligue 1. Isu pemindahan pemain menjadi satu topik yang hangat di negara-negara tersebut.

Dari sudut pandang, sukan, bola sepak, Liga Malaysia, Johor, Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak, pemain, bintang, Pablo AimarCerita tentang pembelian dan perebutan pemain untuk mewakili kelab masing-masing menjadikan kos untuk mendapatkan sesetengah pemain tersebut meningkat sehingga ratusan juta ringgit. Itulah yang berlaku di luar negara. Bagaimana pula dengan Liga Malaysia??

Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya, walaupun Liga Malaysia baru sahaja tamat dan dimenangi oleh Lions Xll namun beberapa pasukan telah berkira-kira untuk mendapatkan beberapa pemain bintang sehingga ada yang sanggup menggunakan cara kotor semata-mata untuk memperkuatkan pasukan untuk musim yang akan datang.

Walaupun ketika ini, Separuh Akhir Piala Malaysia masih berlangsung namun ianya tidak mematahkan hasrat setiap pasukan bolasepak untuk mengintai pemain-pemain yang dirasakan sesuai untuk memperkuatkan pasukan masing-masing.

1. Johor Darul Takzim

Pasukan yang digelar Harimau Selatan dikatakan akan berbelanja besar untuk memperkuatkan pasukan demi memenuhi hasrat untuk menyapu bersih semua piala yang dipertandingkan. Antara pemain yang dikaitkan bermain untuk pasukan ini pada Liga Super musim depan ialah:

  • Pablo Aimar dari Kelab Benfica, Portugis
  • Braulio Nobrega Rodriguez dari Kelab Zaragoza, Sepanyol
  • Harris Harun dari Lions Xll, Singapura
  • Amri Yahyah dari Selangor
  • Mahali Jasuli dari Selangor
  • Assarudin Putra Omar dari Selangor
  • Norazlan Razali dari Selangor
  • Fadhli Shas dari Harimau Muda 'A'
  • Fandi Othman dari Harimau Muda 'A'
  • Irfan Fazail dari Harimau Muda 'A'
  • Nazrin Nawi dari Negeri Sembilan
2. Selangor

Pasukan yang digelar dengan Red Giant, adalah pasukan yang penuh dengan sejarah lampau. Namun kini berusaha untuk bangkit bagi mengembalikan kekuatan yang hilang. Setelah misi '33' gagal, pasukan ini berusaha untuk mencapai kebangkitan pada musim depan walaupun kehilangan beberapa tonggak pasukan. Antara pemain yang dijangka bermain untuk pasukan ini pada Liga Super ialah:

  • Shahurain Abu Saman dari Negeri Sembilan
  • S. Sivanesan dari Negeri Sembilan
  • Rizal Fahmi Rosid dari Kelantan
  • Shakir Shaari dari Kelantan
3. Kelantan

Pasukan yang dikenali sebagai Red Warrior dan juga penyandang juara bagi Piala FA dan juga pasukan yang masih beraksi dalam Separuh Akhir Piala Malaysia 2013. Pasukan bolasepak Kelantan membuktikan tanpa Norshahrul Idlan Talaha mereka masih lagi hebat dan kuat. Dijangka mengalami kehilangan ramai pemain tonggak bagi musim depan yang berhijrah ke pasukan lain. Bagi mengatasi masalah tersebut, pasukan Red Warrior ini telah mendapatkan beberapa pemain bagi mengisi kekosongan tersebut. Antara pemain yang dijangka menyarung jersi Red Warrior bagi musim depan ialah:

  • Mohamad Ghaddar dari Felda United (bekas pemain import Kelantan)
  • Safee Sali dari Johor Darul Takzim
  • Nurul Azwan Roya dari Johor Darul Takzim
  • Azimuddin Akil dari Pahang
  • Amirul Hadi Zainal dari Pahang
  • S. Chanturu dari Perak
  • Shahrul Azwari dari Harimau Muda 'A'
  • Wan Zahrul Nizam dari Harimau Muda 'A'
  • Kyril Muhymeen Zambri dari Kedah
4. Pahang

Pasukan yang menduduki tangga ke-5 dalam Liga Super Malaysia 2013, juga dikenali dengan nama Tok Gajah dijangka tidak berbelanja besar pada musim depan. Walaupun dijangka kehilangan beberapa nama besar yang menjadi tonggak pasukan. Hanya satu nama sahaja yang dikaitkan dengan pasukan ini buat masa ini. Beliau ialah:

  • Safiq Rahim dari Johor Darul Takzim
5. Terengganu

Satu lagi pasukan gergasi Pantai Timur yang kini mengalami musim kejatuhan dengan berbagai kontroversi yang melanda Persatuan sehinggalah kepada peletakan jawatan Presiden. Kini Pemimpin Persatuan Bolasepak Terengganu yang berwajah baru mensasarkan anak negeri untuk pulang bermain dengan pasukan Negeri sendiri. Pasukan ini dikenali juga dengan nama sang penyu, telah menyasarkan beberapa nama besar untuk pulang bermain di negeri sendiri. Antara pemain yang disebut-sebut untuk pulang berbakti ialah:

  • Vincent Vikana dari Kelab Petrolul Ploiesti (pemain import yang disambung kontrak)
  • Norshahrul Idlan Talaha dari Johor Darul Takzim
  • Hairuddin Omar dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  • Zairo Anuar Zailani dari Kelantan
  • Badri Radzi dari Kelantan
6. Felda United

Pasukan kelab yang hanya menduduki carta ke-11 dalam Liga Super 2013 telah berusaha untuk memantapkan pasukan bagi mengharungi cabaran bagi musim depan. Antara nama yang disebut-sebut untuk mewakili Felda United ialah:

  • S. Kunanlan dari Selangor
  • Solihin Kanasian@K.Soley dari Selangor
  • Nasriq Baharom dari Selangor
  • Adib Aizuddin Abd. Latif dari Selangor
  • Indra Putra Mahyuddin dari Kelantan
  • Shukor Adan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  • Sharulnizam Mustafa dari Perak
7. T-Team

Pasukan kelab dari Terengganu, yang juga dikenali dengan nama The Titan ini mengalami musim yang malap pada musim ini, sama seperti pasukan abangnya Terengganu. Walaupun layak ke Piala Malaysia namun tersingkir oleh Johor Darul Takzim akibat daripada perbezaan gol untuk melangkah lebih jauh. Tidak banyak yang dapat didengar daripada pasukan ini untuk mengharungi cabaran musim depan. Hanya seorang pemain sahaja yang dikaitkan untuk bermain untuk pasukan The Titans ini musim depan iaitu:

  • Safuan Baharudin dari Lions Xll, Singapura
8. Perak

Pasukan Seladang ini juga dilihat agak kebelakang dalam memperkuatkan cabaran pasukan bagi mengharungi cabaran musim depan. Hanya seorang pemain sahaja yang telah dikaitkan untuk bermain dengan pasukan ini buat masa ini, beliau ialah:

  • S. Subramaniam dari Kelantan
9. Johor FA

Pasukan ini yang bermain di Liga Perdana telah berhasrat untuk meneraju liga tersebut dengan membeli pemain import yang berkauliti iaitu:

  • Baihakki Khaizan dari Lions Xll, Singapura




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...