Cerita lebih tak guna, korang bacalah kisah selanjutnya:
Gadis tersebut telah seminggu dijadikan pelacur oleh sepupunya sendiri yang juga 'Bapa Ayam' dan telah dipaksa melayan puluhan lelaki. Namun nasib gadis ini amat baik kerana telah berjaya meloloskan dirinya Jumaat lalu sebelum membuat laporan polis.
Sumber polis berkata, mangsa yang berasal dari Pahang datang ke ibu negara pada 13 September lalu selepas terpedaya dengan helah sepupunya yang berusia 30-an.
"Pada mulanya mangsa enggan berbuat demikian namun dia dipukul lelaki terbabit tanpa belas kasihan. Tambah keji, suspek turut memaksanya mengambil dadah.
Gadis tersebut dapat meloloskan dirinya apabila suspek tiada di rumah berkenaan selepas menyerahkan mangsa kepada seorang lelaki untuk dilangani.
Dalam laporannya kepada pihak polis, selain dijadikan pelacur, mangsa juga mendakwa kad pengenalan dan telefon bimbit miliknya turut disimpan suspek bagi mengelakkannya melarikan diri.
Suspek kini dilaporkan telah melarikan diri.
Darisudutpandang: Nampaknya ahli keluarga juga tidak boleh dipercayai 100 peratus. Kadang-kadang kita mengambil mudah perkara-perkara seperti ini kerana kita mempercayai yang ahli keluarga tidak akan membuat seperti itu. Namun dalam arus kebendaan ini kita perlu berhati-hati kerana walau rambut sama hitam namun hati tetap lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan