Sabtu, 24 Ogos 2013

Tuhan ambil mama

Apalah yang diketahui oleh seorang kanak-kanak yang hanya berusia 5 tahun tentang kematian, tetapi yang pasti dia tahu tentang betapa pedihnya rasa kehilangan insan tersayang.

Ikuti kisah selanjutnya:


Kanak-kanak tersebut yang bernama Adam Noramzar Syahrizal telah kehilangan ayahnya sejak dia masih bayi lagi dan kini telah kehilangan pula mamanya sejak 8 bulan yang lalu akibat sakit radang paru-paru.

Sejak 8 bulan jugalah Adam yang kini dijaga oleh neneknya Kamariah Haroon, 55 tahun mengunjungi pusara mamanya setiap hari bagi melepaskan rindunya.

"Setiap petang Adam pergi ke kubur mama dengan nenek dan Pak Busu (bapa saudara) untuk jumpa mama dan peluk mama (batu nisan) kuat-kuat".

"Adam sedih kerana hari raya kali ini mama tiada lagi untuk Adam". 

Menurut nenek Adam, Kamariah Haroon, walaupun usia cucunya masih terlalu muda, namun kasih sayang Adam terhadap ibunya amat mendalam.

"Menjadi rutin harian Adam ke pusara ibunya setiap petang hingga sanggup meninggalkan rakan sebaya yang bermain di taman permainan berdekatan rumah. Walaupun leka bermain bersama rakan, apabila hampir senja dia terus pulang ke rumah dan meminta saya atau bapa saudaranya menemaninya ke kubur,"katanya.

Itu cerita Adam yang telah mengetahui tentang pedihnya rasa kehilangan. Bagaimana pula dengan kita?

Kepada yang masih mempunyai ayah dan ibu, sayangilah mereka ketika mereka masih ada. Jika telah lama tidak menjenguk mereka, pulanglah.....

Kepada yang telah kehilangan ayah atau ibu atau kedua-duanya, ingatilah mereka dalam doa....kerana amalan anak yang soleh akan sampai kepada ayah dan ibu......

Darisudutpandang: Emak saya sangat sayangkan emak......dan buat arwah ayah hanya al-Fatihah yang dapat saya berikan disetiap selepas solat moga Allah memelihara arwah ayah sepertimana ayah memelihara saya ketika saya kecil...Amim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...