Sabtu, 31 Ogos 2013

Ketahui fakta lengkap kanser pangkal rahim

Berikut adalah fakta lengkap berkenaan dengan kanser pangkal rahim:


kanser pangkal rahim, fakta, lengkap, ketahui, dari, sudut, pandang, Pap smear, vaksin HPV, info, simptom kanser, ujian, suntikan HPV, wanita, usia 18 tahun, bertukar lelaki

kanser pangkal rahim, fakta, lengkap, ketahui, dari, sudut, pandang, Pap smear, vaksin HPV, info, simptom kanser, ujian, suntikan HPV, wanita, usia 18 tahun, bertukar lelaki

1) Tahukah anda bahawa kanser pangkal rahim adalah kanser ke2 yang sering mengancam nyawa wanita selepas kanser payu dara di seluruh dunia. Manakala di Malaysia kanser ini jatuh di tempat ke3 selepas kanser payu dara dan kolorektal.

2) Statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan kira-kira 250,000 wanita meninggal dunia setiap tahun akibat kanser serviks di seluruh dunia.

3) Mengikut WHO juga, kematian berpunca daripada kanser pangkal rahim dijangka meningkat sehingga 320,000 orang pada 2015 dan 435,000 orang pada 2030.

4) Di Malaysia, dianggarkan 1,500 wanita disahkan mendapat kanser serviks setiap tahun dan ia menyumbang kepada 6% punca kematian disebabkan kanser dalam kalangan wanita.

5) Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, 1 daripada 28 wanita berbangsa Cina terdedah kepada risiko kanser pangkal rahim manakala 1 daripada 34 wanita India berisiko dan 1 daripada 80 wanita Melayu terdedah kepada kanser terbabit.

6) Kanser ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya sebelum menjadi penyakit yang membunuh wanita, tetapi dalam sesetengah keadaan ia boleh berlaku hanya dalam tempoh yang singkat.

7) Gaya hidup bebas dengan bertukar-tukar pasangan bagi menjalin hubungan intim boleh mendedahkan kepada risiko mendapat barah pangkal rahim.

8) Selain itu, kurang kesedaran untuk menjaga kebersihan alat sulit, menjalin hubungan seks pada usia muda dan merokok juga boeh menjadi penyumbang kepada penyakit ini.

9) Wanita yang mempunyai ibu atau saudara perempuan yang menghidap kanser pangkal rahim mempunyai risiko yang lebih tinggi menghidap kanser ini.

10) Risiko selalunya muncul pada usia 30 tahun dan tempoh puncaknya apabila wanita mencapai usia sekitar 65 hingga 69 tahun.

11) Setiap wanita yang berusia 21 tahun yang telah berkahwin dan keatas perlu membuat ujian Pap Smear setiap 2 tahun sekali kerana ia dapat mengesan sebarang ketidaknormalan yang berlaku. Manakala suntikan vaksin HPV dapat mengurangkan risiko mendapat kanser ini.

12) Vaksin ini disarankan diberikan kepada kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun hingga wanita dewasa berusia 26 tahun. Jika doktor mempunyai alasan kukuh, ia juga boleh diberikan seawal usia sembilan tahun.

13) Vaksin HPV diberikan menerusi 3 suntikan dalam tempoh 6 bulan. Ia perlu diberikan sebelum berlaku hubungan seksual atau sebelum terkena virus HPV.

14) Bagi mereka yang sering terkena jangkitan pada bahagian sulit, perlu berhati-hati untuk menjalani ujian kerana 80% wanita akan mendapat jangkitan HPV sepanjang hidup mereka dan selalunya dibersihkan oleh tubuh.

15) Bagi wanita yang berusia  yang sudah kematian suami selama beberapa tahun juga perlu menjalanai ujian Pap smear kerana virus HPV boleh hidup dalam jangka masa yang lama iaitu 10 hingga 20 tahun di dalam tubuh.

Apa itu ujian Pap smear?

Ujian Pap smear dilakukan bagi mengesan sebarang keganjilan pada pangkal rahim seperti sel sebelum kanser. Doktor akan mengambil sedikit tisu pada permukaan pangkal rahim dan dihantar ke makmal untuk diuji.

Simptom kanser pangkal rahim

1) Pendarahan ketika melakukan hubungan seks.

2) Pendarahan pada pertengahn bulan

3) Keluar lendir berdarah yang busuk daripada faraj

4) Sakit ketika melakukan hubungan seks

5) Rasa pedih ketika membuang air kecil

Wanita yang berisiko

1) Mempunyai lebih daripada seorang pasangan

2) Mula aktif melakukan hubungan seks sebelum usia 18 tahun

3) Mengalami jangkitan kuman seperti siflis, gonorea, chlamydia atau HIV

4) Kurang daya tahan imun

5) Merokok

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...