Rabu, 17 Julai 2013

Wanita Vietnam banyak jadi pelacur

Wajah yang cantik, kulit yang gebu dan tidak berkira daripada segi duit menjadikan wanita Vietnam menjadi pilihan ramai lelaki 'hidung belang'. Bukan nak memburukkan wanita Vietnam tapi itulah hakikatnya jenayah pelacuran di Malaysia ini.

dari, sudut, pandang, pelacur, wanita Vietnam, wanita China, Wanita Thailand, wanita Indonesia, ditangkapMenurut statistik daripada Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Bukit Aman mendapati daripada 12,434 wanita yang ditahan sepanjang tahun lalu kerana terbabit dalam kegiatan pelacuran, didapati wanita Vietnam menjadi majoriti yang ditangkap dengan 3,456 orang.

Bilangan wanita Vietnam yang ditahan itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun lepas sebanyak 2,196 orang.

Kebanyakan pelacur Vietnam itu biasanya menjalankan kegiatan mereka di kelab malam, pusat karaoke dan rumah urut.

Dipercayai kerana sikap wanita Vietnam yang tidak 'demand' dari segi bayaran menjadikan mereka menjadi idaman kebanyakan lelaki sebagai contohnya, jika mereka diarah menghidangkan air kepada pelanggan, pelanggan hanya memberi 'tip' untuk layanan hidangan air tanpa tip tambahan jika diminta duduk dan berhibur bersama.

Begitu juga dengan layanan seksual, jika mereka dibayar RM100 untuk urutan 'body to body', bayaran itu dianggap sebagai 'one-off' walaupun pelanggan kemudian meminta untuk mengadakan hubungan seks.

Selain wanita Vietnam, turut ditahan diseluruh negara tahun lalu ialah wanita China seramai 5,165 orang, wanita Thailand seramai 2,009 orang, wanita Indonesia seramai 1,418 orang, wanita Filipina seramai 845 orang, wanita India seramai 139 orang, Wanita Myanmar seramai 114 orang, wanita Uzbekistan seramai 70 orang dan wanita Kemboja seramai 70 orang.

Wanita lain yang turut ditangkap ialah Bangladesh, Laos, Uganda, Nigeria, Mongolia, Tajikistan, Sri Lanka dan Kenya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...