Sakit jantung juga menjadi salah satu penyakit yang dipanggil 'silent killer' akhir-akhir ini. Kalau kita lihat banyak kejadian kematian melibatkan serangan jantung ini.

1. Sakit dada
Ia disebabkan sel-sel jantung tidak mendapat oksigen yang mencukupi kerana kurangnya aliran darah ke otot-otot jantung.
2. Sukar bernafas
Kesukaran ini biasa terjadi ketika tidur atau hanya sekadar berbaring. Untuk mengatasi hal tersebut, ambil nafas dalam-dalam dan hembus nafas perlahan-lahan. Keadaan sesak nafas juga berlaku pada malam hari. Hal tersebut dikenali sebagai Paraoxysmal Nocturnal Dyspnea atau kesukaran bernafas akibat kurang kemampuan jantung untuk mengepam darah ke seluruh tubuh dan kembali semula ke jantung dan paru-paru.
3. Kurang selera makan
Ia disebabkan oleh pengumpulan cairan di dalam hati atau sistem pencernaan yang boleh mengakibatkan berkurangnya selera makan.
4. Sering rasa penat dan lelah
Rasa lesu, penat dan lelah tanpa sebab ini berlaku kerana tubuh tidak mendapat oksigen yang mencukupi.
5. Kerap buang air kecil
Intensiti buang air kecil yang kerap juga menjadi simptomnya. Perkara ini disebabkan cairan yang terkumpul pada ginjal melalui aliran darah pada siang hari. Untuk menghindari hal ini, kawal pengambilan air pada waktu malam hari.
Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Kepentingan Omega 3
BalasPadam