Selasa, 11 Jun 2013

Serah badan akibat disihir

Sihir adalah ilmu hitam yang disampaikan melalui perbagai cara tanpa disedari mangsa seperti melalui minuman, sentuhan, hembusan dan sebagainya. Untuk mengatasi atau pelindung kepada sihir ini kita perlu mengamalkan surah 3 Qul iaitu Surah Al-ikhlas, Surah An-Nas dan juga Surah Al-Falaq. Surah ini perlu dijadikan amalan buat kita dan perlu dibaca setiap hari sebagai pelindung diri dan selebihnya kita serahkan kepada Allah.

dari, sudut, pandang, santau, pukau, sihir, perempuan
Sihir atau pukau ini digunakan oleh seseorang untuk mendapatkan kelebihan ke atas seseorang dan banyak digunakan untuk merompak dan sebagainya sepertimana seorang perempuan telah dikenakan sihir oleh seorang 'Abang Aji' sebagai pemuas nafsunya. Ikuti kisahnya:

Mangsa yang berumur 28 tahun mengatakan, dia mengenali suspek yang berumur dalam 50-an yang dipanggilnya 'Abang Aji', yang selalu datang ke kedai  serbaneka tempat dia bekerja sejak Disember 2011 untuk membeli kad tambah nilai telefon prabayar.

"Satu hari ketika berurusan dengan Abang Aji, saya berasa seperti dipukau selepas dia membaca jampi atau mentera di depan saya. Selepas itu fikiran saya seperti dikawal nya dan saya terus menuruti segala arahannya.

Apabila mahu meniduri saya, dia yang sudah berkahwin dan mempunyai anak mengarahkan saya untuk datang bermalam di rumahnya. Saya hanya mengikut saja dan langsung tidak berdaya untuk membantah".

Mangsa mengatakan setiap kali dia pergi ke rumah Abang Aji, isteri lelaki itu tiada di rumah kerana sudah diarahkan lebih awal supaya pergi ke tempat lain.

Mangsa juga percaya, isteri lelaki tersebut juga sudah terkena sihir kerana mengikut sahaja apa yang diarahkan oleh Abang Aji tanpa sebarang bantahan.

Menurut mangsa, sepanjang setahun hubungan mereka, lelaki itu turut memberinya minum air yang sudah dicampurkan ubat dengan alasan ia sebagai rawatan penyeri wajah.

"Abang Aji seolah-olah menjadikan saya alat pemuas nafsunya. Saya sedar perkara itu, tapi entah kenapa saya tidak mampu membantah setiap kali dia meminta.

Lagipun saya takut kerana dia mengugut akan mencederakan saya jika saya memberitahu apa yang berlaku kepada orang lain.

Bukan saja dara saya diragut oleh Abang Aji, malah wang gaji yang diterima setiap bulan juga saya serahkan bulat-bulat kepadanya dengan jumlah keseluruhan mencecah RM8,000.

Mangsa berkata, selepas setahun menjadi perempuan simpanan, dia hanya mendapat keberanian melaporkan perbuatan Abang Aji kepada polis apabila lelaki itu mahu membawanya ke Surabaya, Indonesia pada bulan lalu untuk dijual dan dijadikan hamba seks.

Dia membuat laporan kepada polis pada 29 Mei lalu bagi mengelakkan dirinya terus 'dikawal' oleh Abang Aji dan dijual sebagai hamba seks.

Mangsa pulih sepenuhnya apabila mendapatkan rawatan islam daripada seorang ustaz yang mengesahkan juga yang dia telah disihir. - Metro 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...