Rabu, 5 Jun 2013

Sejarah bangsa: Guthrie diambil alih

Ada yang tahu berkenaan dengan perisitiwa yang mengemparkan Kerajaan Britain ini dan ada juga generasi sekarang yang tidak tahu berkenaan dengan peristiwa ini. Ini adalah sejarah bangsa dan sejarah negara kita yang perlu semua orang tahu. Bacalah:



1. Selepas Merdeka Malaya, hampir 1 juta orang pendatang dari bangsa (Cina dan India) diberi kerakyatan beransur-ansur. Sebagai balasan, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam PERLEMBAGAAN.

2. 10 tahun sudah merdeka, pegangan orang Melayu terhadap ekonomi di bumi Melayu sangat kecil. Walaupun majoriti tetapi hanya 1.5 % SAHAJA yang pegang harta korporat itu pun kebanyakkan syarikat kerajaan. Manakala bangsa Cina 22.8%, walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60% dari kekayaan negara ni.

3. Pada masa yang sama, bangsa yang paling ramai dalam kemiskinan juga adalah bangsa Melayu (74%) - kebanyakannya petani dan pesawah.

4. Ketidaksamarataan ini menyebabkan beberapa siri pergaduhan di antara kaum pribumi Melayu dengan pendatang yang kaya - orang Cina sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1969 di Kuala Lumpur yang menyebabkan peristiwa hitam negara berlaku.

5. Masa tu yang paling berani kritik Perdana Menteri masa tu Tunku Abdul Rahman ialah Mahathir bin Mohamad, guna surat terbuka. Antara isi kandung surat tu :

" Orang-orang Cina dan India buat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan ditunjok Kemaluan, boleh la Tunku faham perasaan orang Melayu"

disebabkan kritikan ini - beliau dipecat dari parti...!

6. Kemudian, Tun Abdul Razak menjadi PM, DEB diwujudkan. Tujuannya - hapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan pastikan pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara boleh capai 30% pada 1990.

7. Walaupun ada dasar tu pun, pemilikan syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah. Contohnya Guthrie - mempunyai 175,000 ekar pada 1970am tetapi pada tahun 1981, mereka memiliki lebih 190,000 ekar tanah Kelapa Sawit, Getah dan Teh .

8. Masa tu, bila ada je kerajaan nak bincang dengan syarikat-syarikat British ni, semuanya seolah dilambatkan dan ditangguh-tangguhkan. Malah Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk penanaman semula getah untuk pekebun kecil Melayu. Katanya menyusahkan British.

9. Tapi atas tekanan Bank Negara Malaysia (di bawah Tun Ismail Ali), Guthrie akhirnya tubuh Guthrie-Ropel, anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia. Usaha ni sebenarnya supaya orang tempatan beli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur. Namun, tembelang BRITISH pecah bila didapati tanah Guthrie-Ropel adalah tanah yang tidak sesuai untuk pertanian.

10. Bila Mahathir masuk semula dalam UMNO selepas 3 tahun dipecat, kemudian dia jadi Perdana Menteri pada Julai 1981.

11. Berbeza dengan PM-PM sebelum itu, Mahathir dirakamkan ahli sejarah sebagai PM Pertama tidak merokok, tidak minat main golf, tidak berdarah bangsawan, tidak punyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti penjajahnya.

12. Sebelum jadi PM lagi, beliau lantang mengkritik dasar Inggeris yang buka Tanah Melayu kepada pendatang sekaligus menyebabkan Melayu terpinggir.

13. Tak lama kemudian kira-kira tak beberapa lama selepas beliau jadi PM, pihak Inggeris TARIK SEMULA subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang belajar di Britain dan naikkan yuran kepada pelajar Asing tetapi tidak bagi mereka dari Eropah.

14. Hampir 17,000 pelajar Malaysia di negara itu terbeban dengan peningkatan yuran 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia pula masa tu tak mampu nak serap pelajar-pelajar ni kerana ada dua buah universiti je kat negara ni.

15. Mahathir masa tu Menteri MiTi bagi amaran kepada British tetapi tak diendahkan. Menyebabkan beliau mula menyusun strategi.

16. Tak lama selepas itu, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di Heathrow tapi pada masa yang sama Inggeris cabar kewibawaan dan maruah kerajaan Malaysia apabila pesawat Concorde ceroboh ruang udara Subang dalam perjalanan ke Singapura.

17. Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang buat macam mereka masih menjajah negara ni.

18. Tun Ismail mula bekerjasama dengan Mahathir waktu itu kerana mereka berdua tidak puas hati walaupun PNB ada 25% saham dalam Guthrie tapi tak ada seorang pun wakil diajak dalam mesyuarat untuk hala tuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie jual beberapa kepentingannya dalam MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan2 Cina di Malaysia pada awal 1981.

**Syarikat MPH ini pernah cuba beli bank terbesar negara masa tu UMBC sebabkan Mahathir campurtangan agar tidak didominasi bangsa Cina kerana PERNAS dan PETRONAS juga mempunyai kepentingan dalam UMBC. Jika Mahathir dan Tun Ismail tak halang, bangsa Cina semakin hampir ganti orang Inggeris kuasai ekonomi negara.

19. Atas sebab ini, mereka mula merencanakan agar Guthrie diambil alih secepat mungkin.

20. 4 bulan sebelum serangan itu, pasukan di PNB diterajui pengurus pelaburan bernama Khalid Ibrahim (Sekarang Tan Sri dan MB Selangor) diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi pastikan semuanya berjalan lancar.

21. Selepas diteliti, mereka menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serangan hendap ekonomi untuk ambil alih Guthrie boleh dibuat tapi dengan syarat ia perlu dibuat sepantas dan serahsia mungkin sehingga mereka tak sempat buat pertahanan.

22. Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan sebanyak 282 juta pound diambil dari tiga punca, PETRONAS, PERNAS dan satu skim amanah baru ditawarkan 4 bulan kepada ORANG MELAYU sebelum serangan iaitu Skim Saham Nasional(ASN).

23. Untuk pastikan Inggeris tak sedar ini bahawa kerajaan Malaysia di belakang serangan ini, Khalid diarahkan untuk buka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.

24. Kenapa Guthrie? Masa tu selain Inggeris, saham Guthrie masa tu dipegang beberapa syarikat mesra PNB iaitu Genting, Bank Simpanan Nasional , Kuwait Investment Office dan OCBC.

25. Dengan pegangan sebanyak 25% yang ada sekarang, PNB perlu lagi 15% sahaja untuk jadikan pegangannya 40% sekaligus jadi pegangan saham utama Guthrie.

26. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi beli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB manakala Rowe & Pitman pula dilantik menjadi broker bagi beli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.

27. Ideanya di sini agar sebahagian besar saham Guthrie dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka dan ia mesti dibeli tanpa disedari pihak pengurusan Guthrie.

28. Hanya sekumpulan kecil yang tahu serangan rahsia ini termasuk Mohamad Desa Pachi, CEO PNB masa tu.

29. Hari serangan akhirnya diputuskan - 7 September , pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).

30. Ikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual saham sebelum bursa dibuka. Apabila dibuka, PNB akan isytihar berita gempar ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja - sekaligus beri kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.

31. Rumitnya pembelian ini dilakukan secara rahsia. Jika terbongkar awal, harga saham Guthrie akan melambung tinggi dan management Guthrie akan bertindakbalas menggagalkannya.

32. Khalid uruskan pembelian di sini (rujuk Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group) , manakala Tun Ismail Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang oleh bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.

33. Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

34. Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB.

35. Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.

36. Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.

37. Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris. Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie. Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.

38. Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio. Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.

39. Walaupun ada broker di London memujinya sebagaiurusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang”. Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.

40. Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir. Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.

41. Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.

42. Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan. Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.

43. Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.

44. Tak lama kemudian, Dasar Pandang Ke Timur diperkenalkan.

45. Operasi mengejut “serangan subuh” ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.

46. Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan.

47.Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia — Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB. Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.

48. Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada aset-aset Inggeris dari seluruh dunia.

49. Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.

50. Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.

Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.”

Darisudutpandang: saya sharekan perisitiwa ini dalam blog saya kerana sepatutnya lebih ramai orang tahu tentang peristiwa dan wira-wira yang berada disebalik kejayaan ini. Petikan ini dari Persatuan mukabuku pulau pinang. jika terdapat sebarang kesilapan fakta berkenaan perkara ini sila berikan komen.


2 ulasan:

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...