Jumaat, 17 Mei 2013

Pilih Wakil Rakyat dengan lambung duit syiling

Aku nak kongsikan cerita tentang keunikan pemilihan wakil rakyat yang berlaku di Filipina. Ni nasib baik perkara ini berlaku di Filipina kalau berlaku di Malaysia mungkin orang yang kalah tu akan kata yang duit syiling tu telah dibuat khas supaya apabila calon dari pihak kerajaan memilih kepala, maka syiling itu apabila dilambung akan memberikan kepala atau calon yang kalah juga akan kata yang orang yang melambung duit syiling itu berat sebelah......hahaha.

Okeylah, aku tak mahu melalut lagi, silalah baca:

duit, syiling, lambung, wakil, rakyat, dari, sudut, pandangPemenang pemilihan pemimpin sebuah bandar kecil di Filipina terpaksa ditentukan dengan melambung syiling selepas calon yang bersaing terikat dengan kiraan undi sama, kata pegawai pilihan raya semalam.

Penyelesaian dramatik kepada pertandingan di San Teodoro, bandar pertanian dengan penduduk 16,000 orang di tengah Filipina, diadakan dalam pejabat pilihan raya tempatan, dengan ahli politik melambung duit untuk menentukan nasib mereka.

Mereka bersetuju melambung syiling, dengan calon yang mendapat bahagian kepala paling banyak dikira pemenang, kata ketua pilihan raya, San Teodoro, Reny Pagilagan. 

Beliau berkata, ketegangan berlaku apabila pertandingan pertama melambung syiling selama lima kali juga berakhir dengan seri, dengan kedua-dua ahli politik mendapat kepala, menurut Pagilagan.
Anggota Parti Liberal yang memerintah, Marvic Feraren, muncul pemenang dalam pusingan kedua, mendapat dua kepala berbanding satu yang diperoleh pencabarnya.

Kedua-dua mereka menerima keputusan. Mereka bersalaman dan berpelukan, kata Pagilagan.
Pagilagan berkata, undang-undang pilihan raya Filipina menyatakan pertandingan pilihan raya yang terikat perlu diselesaikan menerusi undian dan duit syiling adalah kaedah yang boleh diterima.
Pagilagan berkata, acara minggu ini pernah berlaku dan beliau mempengerusikan satu lagi lambungan syiling pada 2004 untuk menentukan pemenang kerusi lembaga majlis bandar berhampiran.

Lebih 44,000 calon bertanding untuk merebut 18,000 kerusi pada pilihan raya pertengahan penggal Isnin lalu, daripada jawatan di majlis tempatan hingga kerusi Parlimen. 

Sumber: BH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...