Khamis, 2 Mei 2013

P040 Kemaman: Sokongan terbuka buat DS Ahmad Shabery Cheek

Pejam celik, pejam celik hanya tinggal 2 hari saja lagi untuk kita keluar mengundi dan seterusnya membuat pilihan pemimpin yang akan memimpin kita dan seterusnya negara kita Malaysia yang tercinta ini.

Tempoh kempen untuk pilihan raya kali ini yang selama 14 hari akan tamat juga dalam dua hari ini dan semoga selepas ini kita penyokong kepada calon dan juga parti masing-masing akan hidup rukun dan damai di bawah 1 bendera iaitu Malaysia. Semoga selepas ini juga kita kembali merapatkan ukhwah antara kita untuk bersama-sama memajukan negara ini.

Kepada pengundi-pengundi di Kemaman jangan lupa untuk mengundi calon Barisan Nasional P040 Parlimen Kemaman iaitu DS Ahmad Shabery bin Cheek. Beliau juga adalah Menteri Belia Dan Sukan Malaysia. Kepada yang mengenalinya, Ds Ahmad shabery Cheek adalah  seorang yang merendah diri dan juga seorang yang sederhana. Di era para pemimpin berlumba-lumba mencari kekayaan untuk dirinya, DS Ahmad Shabery Cheek seperti menyonsang arus apabila hidup secara sederhana dan amat bertuah para penduduk di Kemaman mempunyai pemimpin sepertinya. Oleh itu pastikan kemenangan kepada pemimpin ini dengan mengundi beliau.



Jangan lupa untuk memangkah yea
Kayuhan cinta Kemaman bersama 2,000 penyokong
Skil seorang Menteri Belia dan Sukan
Sambutan hangat kepada pemimpin berjiwa rakyat




Semoga selepas 5hb Mei ini, kerusi P040 masih akan kekal di tangan Barisan Nasional.

Sebagai Negara yang mengamalkan demokrasi, kita berhak memilih sesiapapun yang kita sokong. Oleh itu kita perlu menghormati apa saja ideologi yang kita pegang...tak salahkan. Kita semua berhak memilih....oleh itu memilihlah dengan bijaksana. Walau siapapun yang kita undi pastikan negara kita tidak tergadai oleh orang-orang yang hanya mengejar kekuasaan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...