Jumaat, 26 April 2013

Restoran cekik darah dan seekor ketam

Aku tak lah berapa terkejut apabila membaca akhbar hari ini berkenaan dengan harga seekor ketam disebuah restoran berharga RM1,380 dan juga apabila mendengar radio yang membicarakan tentang makanan yang pernah dimakan dan harga yang dikatakan 'mencekik darah'.

restoran, harga, mahal, cekik, darah, penipu, pengguna, makanan, bayar, dari, sudut, pandang, dan, jika
Biasanya kedai yang mencekik darah ini adalah kedai yang menyediakan makanan berlauk. Jika kita lihat dikedai seperti ini tiada satu pun yang menunjukkan tanda harga berkenaan dengan makanan misalnya, harga bagi seketul ayam goreng, sayur, seketul daging dan sebagainya. Kita yang tak tahu harga ini ambillah beberapa lauk dan bila dikira harganya...tut tut...RM16. kadang-kadang sampai rm20 pun ada...untung betullah tokey kedai tu....bolehlah tiap-tiap tahun pergi Haji.....hahaha.

Aku percaya korangpun pernah 'terkena' dengan kerakusan tokey-tokey kedai makan ini. Bila terkena dengan situasi macam ini...apa agaknya yang korang buat? Nak muntah balik ke makanan tu kalau dah makan atau korang nak letak balik lauk tu? Nak tak nak, aku percaya kita terpaksa juga bayar dengan harga yang tak masuk akal tu...tapi dalam hati, tobatlah takkan makan lagi di sini. Kira blacklist habislah kedai tu......

Kita sebenarnya ada undang-undang yang menyatakan setiap pengusaha makanan perlu mempamerkan harga makanan tapi harga yang dipamerkan itu digantung tinggi dan ada juga yang harganya telah ditanggalkan. Aku taklah menyalahkan pihak penguasa yang tidak menjalankan tugas sebab aku tahu mereka pun tak cukup kakitangan, cuma kita sebagai pengguna perlu menjalankan tugas kita iaitu dengan cara memboikot kedai-kedai yang cekik darah ini. Biar mereka jatuh bankrap...macam satu kedai yang pernah aku makan dulu, disebabkan harga yang tidak masuk akal dan ramai yang memboikot kedai tersebut dan akhirnya terpaksa tutup.

Aku pernah menghadiri kursus perniagaan yang dianjurkan oleh sebuah badan berkanun. Kata salah seorang penceramah, "Perniagaan yang memberi banyak untung dan risiko yang sedikit adalah perniagaan yang berasaskan makanan atau penyediaan makanan"...mungkin tokey-tokey kedai makanan yang mencekik darah tu guna pakai slogan ini kot...maklumlah nak untung banyak.......








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...