Khamis, 20 Disember 2012

Rajagobal kekal jurulatih Harimau Malaya

Disebalik kegagalan skuad Harimau Malaya mempertahankan kejuaraan Piala AFF yang dimenangi dua tahun lalu, jurulatih Datuk K Rajagobal berjaya mendapat sokongan daripada FAM untuk terus menerajui skuad Harimau Malaya dalam kempen kelayakan Piala Asia 2015 yang akan bermula pada bulan Februari 2013 sehingga kontrak jurulatih tersebut tamat pada Disember 2013.

Rajagobal kekal jurulatih Harimau MalayaItulah yang telah diputuskan pada satu mesyuarat yang dipengerusikan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah bersama Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin Ahmad dan pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal.

Keputusan yang dicapai itu sekaligus melenyapkan spekulasi mengenai pemecatan Rajagobal, 56, selepas kredibilitinya dipertikai ramai pihak berikutan kegagalan skuad kebangsaan mara ke final Piala AFF selepas kecundang di tangan Thailand dengan aggregat 1-3 di separuh akhir.

Kegagalan itu menimbulkan rasa tidak puas hati peminat tempatan memandangkan prestasi Harimau Malaya tampak merosot dalam tempoh dua tahun selepas bergelar juara Asia Tenggara apabila tersingkir di pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 dan juga ranking yang jatuh merundum.

Apa yang pasti Datuk K Rajagobal amat bertuah kerana melatih pasukan Malaysia kerana jika Rajagobal melatih pasukan dari Asia Tengah sudah pasti dia sudah dipecat awal-awal lagi.

P/S : Aku tak pasti atas dasar apa Datuk K Rajagobal ini dikekalkan. Sepatutnya FAM perlu memecat beliau dan melantik jurulatih baru, dan calon yang paling sesuai pastinya Ong Kim Swee, jurulatih pasukan Harimau Muda A.

FAM tolonglah buka mata jangan kerana faktor lama diambil kira dalam membuat keputusan kerana pada hakikatnya Datuk K Rajagobal sekarang ini sudah kehilangan magisnya.

Aku pasti ramai yang tidak berpuashati dengan keputusan ini........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...