1. Dua (2) rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil akan mendapat pahala seperti berpuasa di siang hari dan pahala beribadah di malam hari.
3. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala seperti 70 tahun solat dan puasa manakala setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah akan memberi pahala sekali haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin dia dikira sebagai mati syahid.
5. Wanita yang memberi minum anaknya dari susu badannya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
6. Jika wanita menyusui anaknya sehingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
7. Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah akan memberi pahala seperti setahun solat dan puasa.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah akan memberi pahala seperti 12 tahun beribadah.
Wallahu'alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan