
Latar Belakang
Oleh kerana Ustaz Azhar Idrus suka berceramah menggunakan loghat Terengganu maka sudah pastilah beliau berasal dari Terengganu iaitu beliau lahir di Kampung Ladang, Kuala Terengganu pada 12 Februari 1964.
Pendidikan
Ustaz Azhar Idrus mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah. Selepas tamat pengajian di peringkat rendah, beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor Setar, Kedah sampai ke tingkatan 2. Apabila beliau memasuki tingkatan 3, beliau berpindah ke negeri kelahirannay di Sekolah Inggeris, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman,Kuala Terengganu sampai tamat pengajian tingkatan 6. Jadi beliau tidak pernah belajar di sekolah Arab,sekolah pondok, madrasah mahupun sekolah agama.
Pengalaman dalam bidang muzik dan seni
Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik (band boy) sekitar Kuala Terengganu dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium. Setelah band muziknya mengambil keputusan untuk pergi lebih serius dalam bidang muzik dengan membuat rakaman album lagu, ustazpun mengambil keputusan untuk menarik diri kerana tujuannya hanya suka-suka sahaja dan bukannya untuk mencari glamor. Beliau juga pernah menjadi guru muzik di sekitar tahun 1985.
Selain daripada minatnya dalam bidang muzik, Ustaz Azhar Idrus juga seorang jurugambar yang baik dan boleh dilihat di http://www.digitalmukmin.com
Aktif bersukan
Ustaz Azhar Idrus amat aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Menjadi suatu kelaziman bagi Ustaz Azhar diwaktu kelapangan masa waktu malam untuk berbasikal meronda sekitar bandar Kuala Terengganu bersama kawan-kawan.
Pengalaman kerja
Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai pereka grafik. Selepas berkahwin pada tahun 1990, ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai pencanting batik.
Penghijrahan ke dalam bidang agama
Ustaz Azhar Idrus mula belajar agama di sekitar tahun 1990 setelah rakan muziknya menghilang dan belajar agama di Patani. Sejak itu beliau mula berguru dengan Tuan Guru Haji Syed Mokhtar (40 buah kitab-kitab jawi secara talaqi); Tuan Guru Mohd Tahir (khatam kitab jawi juga lebih kurang 25 buah); Tuan Guru Mohd Hakim (Nahwu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh); Tuan Guru Haji Hashim (Nahwu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh); Tuan Guru Haji Ibrahim Mesir (Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah); Tuan Guru Haji Muhammad Zubir (Fiqh dan Nahwu) dan Tuan Guru Haji Mohd Zain (Pondok Lubuk Pandan, Wakaf Tapai - Ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir dan Balaghoh).
sumber: warta perdana
Tiada ulasan:
Catat Ulasan