Selasa, 23 Oktober 2012

Spekulasi Tarikh PRU-13

Gendang perang telah lama dipalu hanya menunggu titah dari memanda Perdana Menteri sahaja bagi melancarkan perang.......bila tarikhnya kita tunggu sahaja....tapi rasanya 'just arround the corner'.

Ada dua tarikh yang mungkin Tok Jib akan bubarkan parlimen iaitu pada bulan November ini atau sehingga tamat tempoh parlimen iaitu bulan April 2013.

Bulan November ini dipilih oleh pemerhati politik sebab angka 11 menjadi nombor bertuah kepada Tok Jib. Jadi mungkin PRU-13 pada bulan ini.

Manakala sehingga habis tempoh Parlimen pula dipilih kerana untuk menyamai pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor dan Pulau Pinang kerana Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang tidak akan membubar ADUN lebih awal dari tempoh tersebut.

Tapi aku rasa Tok Jib pasti pening kepala sekarang ini sebab nak cari tarikh yang sesuai, takut-takut kalau terpilih tarikh yang salah jadi pembangkang pula nanti. Dulu masa saham Tok Jib naik, tak nak pula bubarkan parlimen tapi bila sekarang ini timbul isu-isu yang baru...itu yang lagi Tok Jib pening.
Dengan isu saham Felda yang jatuh...dengan isu di Sabah yang tak selesai-selesai, isu pemimpin tertinggi Sabah keluar Umno dan yang terbaru isu MCA yang mainkan isu hudud semasa kongres baru-baru ini yang mana Tok Jib sendiri yang pergi rasmikan........

Jadi dengan isu-isu inilah yang membuatkan Tok Jib tak boleh membuat keputusan....mungkin Tok Jib akan tunggu selepas duit BR1M dan duit bantuan sekolah diberi kepada rakyat iaitu pada awal tahun depan barulah Tok Jib akan mendapat ilham nanti.

Kita tunggu...................

P/S: Alangkah bagusnya jika tarikh pilihanraya bukan terletak di tangan Perdana Menteri.........

2 ulasan:

  1. bagi saya, inilah menunjukkan bahawa kerajaan BN kerajaan yang nak buat kerja untuk rakyat, masa bekerja buat kerja, bila sampai masa pilihan raya buat pilihanraya, kalau nak kira parti pemenentang kerajaan , mereka mahu pilihanraya dibuat setiap bulan, malah kalau mereka kalah, mereka nak adakan pula pilihanraya bisok haripula, sampai mereka menang. kerana mereka tak ada kerja. Matlamat mereka nak pilihanraya, ceramah, kutip derma dan komen benda-benda yang kerajaan buat.bagi mereka kerja mereka menyalah menyalahkan kerajaan, memutarbelitkan perkara yuang betul menjadi tak betul.sebab itu saya keta mereka parti penentang kerajaan. kalau parti pembangkang, yang betul dikatakan betul, yang kurang diperbetulkan , itu la tugas pembangkang.Ini tidak, semua tak betul, naik motor jatoh parit pun salah kerajaan, anjing bergomol dikampong salah kerajaan, berak tahi keraspun salah kerajaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya bersetuju dengan 'darisudutpandang' sepatutnya tarikh pilihanraya perlu ditetapkan oleh SPR atau oleh satu akta yang mengatakan pilihanraya perlu diadakan hanya apabila cukup tempoh selama 5 tahun dan bukannya terletak ditangan PM. Saya juga bersetuju dengan 'tanpa nama' sepatutnya pembangkang menjadi pembangkang yang sebenar bukan menjadi penentang kerajaan. Di negeri yang diperintah oleh mereka pun banyak isu yang timbul dan merugikan rakyat.......

      Padam

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...