Ahad, 14 Oktober 2012

Guru bantah bawa gajet

Isu kebenaran untuk membawa gajet ke sekolah bermula pada tahun hadapan mendapat bantahan semua guru.

guru bantah bawa gajetKesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), telah membuat soal selidik ke atas 20,000 orang guru secara rambang mendapati 100 peratus guru menolak sepenuhnya cadangan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah.

Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata "Guru yang memberi maklum balas kepada soal selidik NUTP, mengakui tidak suka cadangan tersebut. Mereka rata-rata berpendapat jika dilaksanakan akan mencetuskan masalah penyalahgunaan telefon bimbit oleh pelajar di sekolah".

Antara kebimbangan utama ialah :

1. Pelajar mengambil, merakam atau muat turun gambar negatif dan berkongsi mahupun menyebarkannya kepada rakan lain di sekolah.

2. Masalah kehilangan dan kecurian telefon bimbit di sekolah pasti akan berlaku dan seterusnya akan menambah beban kerja guru yang sudah sedia terbeban.

3. Kelekaan pelajar terhadap gajet masing-masing boleh mewujudkan komuniti kurang mengamalkan hubungan secara langsung dengan orang.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran Wee Ka Siong tidak menolak kemungkinan keputusan cadangan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah akan diketahui menjelang akhir tahun ini.

P/S : Fikirlah betul-betul Kementerian Pelajaran jangan disebabkan desakan oleh ibu bapa yang aku percaya mewakili minoriti kebenaran ini diluluskan.

 Aku percaya terlalu banyak keburukan dari kebaikan jika keputusan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ini diluluskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...