Jumaat, 26 Oktober 2012

Berhati-hatilah jurujual

Buat jurujual berhati-hatilah bila berurusan dengan wanita, lebih-lebih lagi kalau wanita tersebut adalah isteri seseorang. Walaupun niat ikhlas tapi mungkin pandangan orang pasti berbeza. Jika terkena dengan suami yang cemburu buta, akibatnya amat parah. Itulah yang berlaku kepada seorang jurujual yang juga guru disebuah sekolah di Terengganu.

Kisah ini berlaku bila seorang guru lelaki yang juga seorang jurujual menjadi mangsa amukan seorang suami yang cemburu apabila mengetahui yang isterinya berjumpa dengan jurujual ini di depan sebuah Maktab Perguruan di Kuala Terengganu.

Tindakan lelaki yang juga suami kepada wanita itu telah mengakibatkan jurujual ini mengalami kecederaan yang parah apabila ditetak dibelakang badan, tangan dan kaki dengan menggunakan sebilah parang panjang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K Manoharan berkata, sebelum kejadian guru berusia 35 tahun itu telah dihubungi oleh seorang wanita yang mahu membeli barangan komestik daripadanya.

Menurutnya, bagi memudahkan menyerahkan barangan kosmetik itu, wanita berkenaan meminta guru itu menunggunya di depan sebuah Maktab Perguruan sebelum mangsa tiba di kawasan dijanjikan pada jam 6:20 petang.

"Selepas kira-kira 10 minit menunggu, guru yang ditemani adik lelakinya berusia 19 tahun, dikejutkan dengan ketibaan dua kereta dinaiki sekumpulan lelaki".

"Dua lelaki termasuk seorang daripada mereka memakai topeng biru dan bersenjatakan parang, turun dari sebuah kereta lalu menyerang mangsa,"

Manoharan berkata, adik mangsa tidak berani melawan dan hanya mampu melihat abangnya ditetak sebelum membawa mangsa ke Hospital untuk mendapatkan rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan dalam siasatan awal polis mendapati kes berkenaan bermotifkan cemburu.




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...