Ahad, 8 Julai 2012

Mengapa tiada komen

Aku sebenarnya tak tahu kenapa tiada orang komen tentang entri-entri aku dalam blog ini. Nak kata tak ada orang yang melawat blog aku, ada kadang-kadang sehingga 130 orang pelawat sehari.

Bagi aku sebagai blogger baru, aku rasa 130 orang pelawat sehari itu kira dah bagus la tapi aku tak tahu adakah mereka ini membaca keseluruhan entri aku atau dia orang ni tersalah masuk atau tersesat kat dalam blog aku.

Untuk bersangka baik, mungkin dia orang ini masuk dan membaca entri-entri aku, tapi malas nak memberi komen. Jadi aku fikir mereka yang masuk melawat blog aku ini adalah pembaca diam atau 'silence reader'.

Nak kata aku ada follower, memang tak ada. Jadi aku anggap yang masuk pageview blog aku ini memang membaca entri-entri aku la. Tapi sebenarnya aku tak tahu adakah mereka ini bersetuju dengan setiap ulasan dalam entri aku atau langsung tak suka sebabnya langsung tiada komen yang diberikan.

Aku cuba la ikut 'fatwa' otai-otai yang mempunyai komen beratus-ratus dalam satu entri, tapi hasilnya tetap sama.

Antara 'fatwa' tersebut ialah kena berblogwalking, blog nampak kemas (kemas ker blog aku ni?), kena ringankan blog (blog aku hanya 83.5 aje tak sampai 100) , kena visit blog-blog yang lain dan memberi komen (inipun aku buat tapi mungkin tak banyak) tapi semuanya tak ada kesan.

Kadang-kadang itu macam malas lagi nak berblogging tapi aku kena fikir balik apa niat asal aku semasa aku buat blog ini.

Niat asal aku bukan nak jadi popular cuma untuk meluahkan pendapat aku saja. Aku nak luahkan pendapat aku berkenaan dengan sesuatu perkara dari sudut pandang aku yang mungkin berbeza dengan orang lain jadi, medium yang paling baik adalah blog.

Juga niat aku untuk berkongsi ilmu dengan orang lain semoga ilmu yang aku kongsikan jika diamalkan akan menjadi sedekah buat aku di kemudian hari.

So, aku rasa tak apalah kalau tak ada orang komen dalam setiap entri aku, asalkan ada orang yang sudi pageview blog aku, itu sudah okey.


2 ulasan:

  1. jangan sdr risau pasal tiada komen, asalkan apa yang sdr tulis itu betul sudah la, saya amat bersetuju dengan tajuk sdr majukan itu, terima kasi atas tulisan ini.

    BalasPadam
  2. sungguhpun sdr baru buat blog, tapi saya baru belajar tentang ini, kera sdr maju banyak kedepan dari saya, teruskan.

    BalasPadam

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...