Rabu, 11 Julai 2012

Isteri buat 'projek' di ruang tamu

Dalam usaha untuk menutup kecurangannya, seorang isteri sanggup membuat laporan polis palsu mendakwa dia dirogol apabila teman lelakinya berjaya ditahan dan dipukul suaminya dalam satu kejadian di kuarters ladang di Pagoh, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, wanita berusia 38 tahun berkenaan dikatakan membawa masuk teman lelakinya yang juga warga asing ke dalam rumahnya, sedangkan suaminya yang berusia 30-an sedang tidur lena di dalam bilik rumah yang sama.

Bagaimanapun ketika mereka sedang melakukan perkara terkutuk itu di ruang tamu, anak perempuan wanita tersebut yang berusia sembilan tahun tiba-tiba keluar dari biliknya untuk ke tandas sebelum terkejut menyaksikan aksi antara ibunya dengan lelaki tersebut.

Berikutan itu, kanak-kanak itu menjerit dan mengejutkan bapanya yang tidur di dalam bilik.

Akibatnya, lelaki itu bergegas melarikan diri ke asramanya, namun dikejar suami wanita tersebut.

Dia ditangkap dan dibelasah suami wanita itu serta beberapa pekerja asing lain di kuarters sama.

Kemudiannya, suami tersebut telah membawa isterinya ke balai polis untuk membuat laporan tanpa mengetahui kejadian yang sebenar.

Difahamkan, wanita itu kemudannya dirujuk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk pemeriksaan lanjut dan pemeriksaan mendapati tiada kecederaan bagi mempertahankan diri dikesan pada tubuh wanita itu untuk menyokong tuduhan rogol yang dibuat ke atas teman lelakinya.

sumber :metro

P/S : Bila nafsu sudah menguasai diri, tidak tahu membezakan yang halal dengan yang haram.

Teringat aku tentang kisah Zulaikha dengan Nabi Yusuf. Bila Nabi Yusof tidak melayan godaan Zulaikha maka diapun membuat tuduhan yang Nabi Yusof cuba membuat perkara tidak baik pada dirinya, tapi sayangnya baju yang terkoyak adalah baju Nabi Yusof bukannya Zulaikha.......
(apa kaitannya dengan kejadian di atas ya.......??)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...