Selasa, 10 Julai 2012

Giliran Rozaimi dipancing kelab luar


Di sebalik kegagalan skuad muda Malaysia untuk meraih slot ke pusingan akhir kejohanan Piala Asia Bawah 22 Tahun (B-22) tahun depan, ada perkhabaran gembira buat pemain muda negara, Rozaimi Abdul Rahman yang mendapat tawaran rasmi untuk menyertai kelab Liga Perdana Thailand, BEC Tero Sasana.

Rozaimi yang berusia 19 tahun adalah penjaring terbanyak dengan ledakan 10 gol pada kempen kelayakan kejohanan yang diadakan di Yangoon, Myanmar, telah berjaya memikat BEC Tero Sasana yang juga bekas naib juara kejohanan Liga Juara-Juara Asia pada 2002.
Menurut sumber yang menerima surat tawaran rasmi dari BEC Tero Sasana pada 26 Jun lalu berkata, Rozaimi ditawarkan untuk menjalani ujian percubaan selama sebulan sebelum mendapat kontrak tetap.

"Kami menerima surat tawaran rasmi BEC Tero Sasana yang begitu berminat dengan Rozaimi apabila mereka melihat aksinya pada pusingan kelayakan Piala Asia di Yangon".

"Mereka sanggup menanggung semua kos dan elaun sepanjang Rozaimi menjalani ujian percubaan dengan kelab itu. Bagi saya ujian percubaan itu hanyalah prosedur biasa yang perlu dilalui Rozaimi kerana secara dasarnya kelab itu memang mahu mengambil dia sebagai pemain tetap".

"Bagi saya ini peluang terbaik buat Rozaimi kerana jarang pemain Malaysia mendapat tawaran bermain di Thailand. Biarpun hanya di Thailand tapi kita semua tahu liga mereka berada di ranking lebih bail berbanding Malaysia dan kelab BEC Tero Sasana adalah kelab profesional yang mempunyai reputasi baik di sana,"

"Kami sudah menghubungi FAM Jumaat lalu untuk meminta bantuan bagi menjalankan rundingan dengan SAFA tetapi sehingga sekarang tiada maklum balas. Bagi pihak BEC Tero Sasana, mereka mahu Rozaimi menjalani ujian itu secepat mungkin"

Rozaimi yang dipanggil oleh jurulatih Ong Kim Swee mencipta sensasi di Yangon dengan menjaringkan empat gol ketika Malaysia membenam Filipina 7-0 dan dua gol ketika menewaskan Taiwan 4-2.

Pemain tengah menyerang kelahiran Bongawan, Sabah itu kemudian meledak hatrik untuk menumpaskan Vietnam 3-0 namun gagal membantu Malaysia meraih slot ke pusingan akhir biarpun menjaringkan satu gol ketika tumpas 1-2 di tangan Myammar.

Peningkatan mendadak Rozaimi membuatkan beliau akan mengikuti jejak rakan sepasukannya, Najmi Faiz Mansor yang bermain di luar negara.
Sumber: Metro




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...