Khamis, 31 Oktober 2013

Faizal keluar Hot FM kerana Sinar FM

Cerita tentang Faizal Ismail atau FBI yang telah mengumumkan pengundurannya sebagai penyampai radio di Hot FM kembali panas kerana dikatakan sebab pengundurannya daripada radio tersebut adalah disebabkan mendapat tawaran yang lebih lumayan daripada radio Sinar FM.

Betul ke? Berikut adalah kenyataan FBI berkenaan perkara ini:


dari sudut pandang, Faizal Ismail, dalam konti, letak jawatan, Hot FMFaizal, 37 berkata, perkara itu tidak berlaku sama sekali tetapi hanya khabar angin yang timbul susulan kontroversi peletakan jawatannya di radio Hot FM.

"Dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Memang tak ada tawaran atau lamaran apa pun. Pihak pengurusan Sinar FM tidak tanya apa-apa dan saya juga tak ada tanya apa-apa pada mereka.

"Sebenarnya perniagaan baru bermula, saya kena beri tumpuan, tetapi faktor masa menjadi bebanan. Jadi saya kena korbankan sesuatu iaitu kerja sekarang," katanya selepas sidang media pengesahan pengundurannya dari Hot FM di sebuah restoran di sini.

Faizal berkata, keputusan untuk berhenti telah dipertimbangkan sejak 2 tahun lepas itu bertujuan memberikan tumpuan pada perniagaan syarikatnya, FBI Entertainment yang baru beroperasi.

"Sebenarnya sudah 2 tahun saya fikir untuk berhenti tapi hanya kongsi dengan isteri saja. Rakan sekerja langsung tidak tahu mengenai perkara ini.

"Sudah 7 tahun saya bersama Hot FM dan alhamdulillah ada benda yang telah saya capai. Saya pula bukan jenis yang suka duduk dalam zon selesa," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul berkata, Faizal terus berkhidmat sepenuh masa bersama stesen itu sehingga 15 November depan.

"Selepas itu, Faizal bertugas sebagai penyampai sambilan kami pada hujung minggu. Sebagai rakan sekerja dan kawan baik, tentu saya bersedih tetapi menyokong aspirasinya menjalankan perniagaan," katanya.

Sementara itu, Pengurus saluran Sinar FM, Rizal Sahimy berkata, khabar angin kononnya Faizal meninggalkan Hot FM kerana menerima tawaran Sinar FM bagi menggantikan Salih Yaacob bermula tahun depan adalah tidak berasas.

"Itu hanya khabar angin dan tak betul langsung. Setakat ini tiada dalam perancangan kami yang dia atau sesiapapun masuk ke Sinar.

"Salih Yaacob, Kak Engku dan Krill masih lagi bekerja seperti biasa. Tiada siapa berhenti atau tidak sambung kontrak. Semua berjalan seperti biasa," katanya.

Darisudutpandang: Harap dengan penjelasan daripada Faizal ini akan memadamkan segala desas-desus sebab pengunduran Faizal Ismail daripada Hot FM.

Sabtu, 26 Oktober 2013

Isteri curang mengenjut 'anak ikan'

Cerita tentang kecurangan pasangan, akhir-akhir ini menjadi tajuk kebanyakan akhbar2 di Malaysia. Ada yang sampai mencederakan pasangan dan yang lebih tragis lagi ada yang sanggup membunuh pasangannya yang curang.

Ini ada satu lagi kejadian isteri curang yang telah berjaya ditangkap. Ikuti kisah selanjutnya:

dari sudut pandang, khalwat,anak ikan, isteri curang,tangkapSeorang isteri tergamak menipu suaminya dengan menyatakan keluar untuk mengambil duit gaji namun sebaliknya menemui lelaki dipercayai 'anak ikan' di Dataran 1 Malaysia, Klebang.

Perbuatan ibu kepada 4 anak itu bagaimanapun memakan diri apabila dicekup bersama lelaki berusia 21 tahun ketika melakukan aksi tidak senonoh di dalam sebuah kereta.

Dalam kejadian jam 9:45 malam, sepasukan anggota polis yang meronda di kawasan sunyi di situ melihat sebuah kereta Proton Wira dalam keadaan mencurigakan lalu pergi melakukan pemeriksaan.

Sebaik sahaja menghampiri kenderaan didapati wanita berusia 33 tahun itu berada di atas badan lelaki berpakaian lengkap di bahagian kerusi penumpang hadapan.

Pasangan itu kemudian diarah keluar dan siasatan mendapati mereka bukan muhrim dan terus ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Batang Tiga dan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk tindakan lanjut.

Siasatan mendapati pasangan terbabit datang ke lokasi berkenaan selepas lelaki itu diambil oleh wanita terbabit dengan kenderaannya di rumahnya.

Pasangan terbabit tiba disitu sejam sebelum ditahan dan mereka mengakui melakukan mukadimah zina ketika itu.

Wanita itu yang bekerja sebagai pelayan restoran manakala lelaki terbabit menuntut di sebuah pusat pengajian tempatan. Mereka berkenalan sebulan yang lalu menerusi laman sosial.

Darisudutpandang:  Suami dah ada masih mencari lelaki lain ker?Aduhai.....




Jumaat, 25 Oktober 2013

Fara Fauzana dan AG: sedih dan terkilan

Susulan kepada pengumuman Faizal Ismail (FBI) yang akan meninggalkan radio Hot FM pada 16 November ini apabila kontraknya tamat, Fara Fauzana yang juga dikenali dengan panggilan 'Fafau' mengakui yang dia merasa sedih dan terkilan kerana 'kehilangan' temannya itu.

dari sudut pandang, faizal ismail, fbi, fara fauzana, fafau, AG, Hot FM, Am krew, tingalkan"Saya sedih! Tiada lagi yang nak kutuk saya 'drumstick', tiada lagi yang nak cakap suara saya macam jantan, tiada lagi yang nak mengaku saya isteri tiri dia"

"Memang menyedihkan, tetapi saya harap dia tidak lupa untuk panggil saya dengan nama begitu dalam mana-mana acara pada masa akan datang sebab saya tahu yang dia tidak akan lupakan 'kami' terutama saya yang menjadi rakan siaran sejak hari pertama pada Februari 2006," kata Fafau.

Muhamad Azmil Selamat yang juga dikenali dengan nama AG iaitu teman yang bersama dengan Faizal dalam AM Krew turut menyatakan perasaan sedihnya dengan berita itu.

"Tiada yang kekal dalam kehidupan kita, segala perjalanan Allah sudah tetapkan. Ini permulaan fasa yang baru buat FBI yang sudah Allah tetapkan. Kita doakan yang terbaik buat dia dan keluarganya," katanya yang mula bersiaran dengan FBI dan Fafau pada 2011.

Pihak Rangkaian Radio Media Prima Berhad mengumumkan bahawa FBI akan menamatkan kontraknya bersama stesen radio itu pada 16 November depan.

Sheelan Paul yang juga Ketua Pegawai Eksekutif dalam kenyataannya berkata, keputusan itu dibuat selepas FBI dikatakan berhasrat untuk memberikan sepenuh fokusnya terhadap perniagaan yang baru bermula.

Darisudutpandang: Akhirnya segala persoalan telah terjawab yang Faizal Bin Ismail (FBI) memang betul-betul akan meninggalkan stesen radio tersebut selepas kontraknya tamat pada 16 November depan.

Aku ucapkan selamat maju jaya buat FBI.......


Khamis, 24 Oktober 2013

Faizal Ismail tinggalkan Hot fm

Siapa tak kenal Faizal Ismail, jejaka berkepala botak yang langsung tak hensem (sorry Faizal) tapi memiliki suara yang komersial (kalu tak...takkan menang pengacara radio paling popular), telah mengejutkan ramai pendengar radio Hot Fm pagi ini apabila telah mengumumkan untuk meletakkan jawatan dan meninggalkan Hot Fm serta merta.

Adakah ini petanda yang Faizal terpaksa mengikut kata hati (sempena tajuk Chat pagi ini tentang: ikut kata hati) apabila mengumumkan keputusan secara mendadak atau ini sebagai gimik sahaja untuk menarik populariti stesen radio Hot Fm?
Dalam Tweeter juga beliau menyatakan perkara yang sama.

Isteri: nak tapi malu

Baca tajuk macam lucah aje.....Mungkin ya buat mereka yang berotak kuning...tapi sebenarnya aku nak kongsikan apa yang isteri nak tapi dia malu nak cakap kepada suaminya terutamanya ketika berada di atas katil.

dari sudut pandang, malu, isteri, atas katil, suami, hubungan seksOps.... lupa pula nak bagi amaran....ini untuk bacaan kepada orang yang dah kahwin aje. Kepada yang belum kahwin tu boleh baca sebagai ilmu dengan syarat jangan nak cuba buat praktikal pulak dengan tunang ke atau kekasih yea.....

Sebagai lelaki, kita sebenarnya agak susah untuk memahami kaum hawa. Untuk mentafsirkan wanita dan pemikiran mereka sememangnya menjadi satu misteri yang terbesar dalam hidup lelaki sepanjang masa. Lebih-lebih lagi jika kita nak tahu apa yang sebenarnya kemahuan isteri kita semasa di atas katil. Ianya akan kekal misteri.

Mereka tak akan menyatakan secara lisan, mungkin kerana malu. Jadi terpulanglah kepada suaminya untuk mentafsirnya dari sudut pemikiran lelaki. Jadi aku cuba merungkaikan apa yang sebenarnya isteri mahu ketika berada di atas katil:

1. Buatkan isteri berasa istimewa

Sudah menjadi lumrah bagi setiap wanita, mereka suka dimanjakan dan suka dipuji. Jadi suami perlu memuji dan memanjakan isteri lebih-lebih lagi bila di atas katil.

Wanita suka bila lelaki mengusapi wajah mereka selain itu sertakan dengan pujian tentang kecantikan, sifat dan cara dia membuat kita merasa dihargai. Buatkan yang isteri merasa istimewa dalam hidup kita. Ini akan meningkatkan lagi kasih sayang suami dan isteri.

2. Menyalakan deria

Selepas melakukan perkara yang pertama kini tiba masanya untuk melakukan perkara kedua, iaitu membelai badan isteri (dekat mana dan macamana...tak perlu saya terangkan disini....korang mesti tahu apa yang dimaksudkan). Foreplay adalah sangat penting untuk wanita. Ia akan meningkatkan keseronokan dan deria mereka.

3. Lakukan dengan sedikit kasar

Lakukan dengan sedikit kasar bukan bermakna melakukan secara ganas dan membabi buta. Itu salah.....Sesetengah wanita sukakan lelaki menunjukkan sedikit pelakuan dominan di tempat tidur.

4. Kejutkan isteri dengan berbagai posisi

Ada sesetengah suami hanya mengunakan satu posisi sahaja ketika bersama isteri dan ini akan menyebabkan perasaan bosan kepada isteri. Bagi mengelakkan perasaan tersebut, suami perlu menjadi sedikit nakal dengan melakukan kejutan dengan mencuba berbagai posisi dan ini pasti akan menyebabkan isteri seronok dan menyukainya.

5. Benarkan isteri mengambil alih

Sebagai suami kadang kala kita perlu memberi peluang kepada isteri untuk menjadi dominan dalam hubungan intim. Mereka juga ingin berada di atas dan mengawal segalanya, dan anda juga pasti terkejut yang dia mampu melakukan dengan baik.

6. Bercakap

Ada sesetengah suami, apabila selesai sahaja 'game' terus tidur atau bangun menonton tv,tinggalkan isteri anda sendirian di atas katil. Pada waktu ini sepatutnya suami terus bercakap dan memuji betapa baiknya, peluklah isteri dan tahan dia dalam tangan anda. Ini sepatutnya dilakukan oleh setiap suami selepas bersama kerana jika anda melepaskan peluang ini seperti anda merosakkan peluang untuk sentiasa berada dalam hati isteri. 





Selasa, 22 Oktober 2013

Madonna pelajari al-Quran

Sebelum ini kecoh cerita di alam siber tentang Rowan Atkinson (mr. Bean) masuk Islam. Namun akhirnya telah dinafikan tentang keislaman tersebut. Sekarang ini Madonna pula dikhabarkan telah mula berjinak-jinak dengan Islam apabila beliau sendiri membuat pengakuan bahawa dia sekarang ini mula mempelajari al-Quran.

dari sudut pandang, madonna, al-Quran, like a prayer, islam"Ramai orang jadi gementar! Ramai jadi marah-marah."

"Adakah saya melakukan sesuatu yang bahaya? Saya tertanya-tanya adakah cubaan menjalin hubungan dengan Tuhan dianggap sebagai tindakan berani. Mungkin juga"

Itu adalah kata Madonna ketika beliau menyentuh soal pengakuannya sebelum ini.

Madonna dikatakan mula mempelajari Islam sejak mula keluar dengan kekasihnya yang juga beragama Islam iaitu Brahim Zaibat.

Darisudutpandang: Aku doakan agar Madonna dibukakan pintu hatinya untuk memeluk Islam.

Rabu, 16 Oktober 2013

Liga Super Malaysia 2014: Spekulasi pemindahan pemain

Bila liga bolasepak dah habis...macam biasalah ini masanya untuk setiap pasukan membeli pemain baru untuk memperkuatkan pasukan masing-masing bagi memberi cabaran dan memenangi piala yang di pertandingkan. Jika kita lihat di 4 negara yang mempunyai peminat yang besar dalam liga bolasepaknya seperti: EPL, Series A, La Liga  dan Ligue 1. Isu pemindahan pemain menjadi satu topik yang hangat di negara-negara tersebut.

Dari sudut pandang, sukan, bola sepak, Liga Malaysia, Johor, Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak, pemain, bintang, Pablo AimarCerita tentang pembelian dan perebutan pemain untuk mewakili kelab masing-masing menjadikan kos untuk mendapatkan sesetengah pemain tersebut meningkat sehingga ratusan juta ringgit. Itulah yang berlaku di luar negara. Bagaimana pula dengan Liga Malaysia??

Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya, walaupun Liga Malaysia baru sahaja tamat dan dimenangi oleh Lions Xll namun beberapa pasukan telah berkira-kira untuk mendapatkan beberapa pemain bintang sehingga ada yang sanggup menggunakan cara kotor semata-mata untuk memperkuatkan pasukan untuk musim yang akan datang.

Walaupun ketika ini, Separuh Akhir Piala Malaysia masih berlangsung namun ianya tidak mematahkan hasrat setiap pasukan bolasepak untuk mengintai pemain-pemain yang dirasakan sesuai untuk memperkuatkan pasukan masing-masing.

1. Johor Darul Takzim

Pasukan yang digelar Harimau Selatan dikatakan akan berbelanja besar untuk memperkuatkan pasukan demi memenuhi hasrat untuk menyapu bersih semua piala yang dipertandingkan. Antara pemain yang dikaitkan bermain untuk pasukan ini pada Liga Super musim depan ialah:

  • Pablo Aimar dari Kelab Benfica, Portugis
  • Braulio Nobrega Rodriguez dari Kelab Zaragoza, Sepanyol
  • Harris Harun dari Lions Xll, Singapura
  • Amri Yahyah dari Selangor
  • Mahali Jasuli dari Selangor
  • Assarudin Putra Omar dari Selangor
  • Norazlan Razali dari Selangor
  • Fadhli Shas dari Harimau Muda 'A'
  • Fandi Othman dari Harimau Muda 'A'
  • Irfan Fazail dari Harimau Muda 'A'
  • Nazrin Nawi dari Negeri Sembilan
2. Selangor

Pasukan yang digelar dengan Red Giant, adalah pasukan yang penuh dengan sejarah lampau. Namun kini berusaha untuk bangkit bagi mengembalikan kekuatan yang hilang. Setelah misi '33' gagal, pasukan ini berusaha untuk mencapai kebangkitan pada musim depan walaupun kehilangan beberapa tonggak pasukan. Antara pemain yang dijangka bermain untuk pasukan ini pada Liga Super ialah:

  • Shahurain Abu Saman dari Negeri Sembilan
  • S. Sivanesan dari Negeri Sembilan
  • Rizal Fahmi Rosid dari Kelantan
  • Shakir Shaari dari Kelantan
3. Kelantan

Pasukan yang dikenali sebagai Red Warrior dan juga penyandang juara bagi Piala FA dan juga pasukan yang masih beraksi dalam Separuh Akhir Piala Malaysia 2013. Pasukan bolasepak Kelantan membuktikan tanpa Norshahrul Idlan Talaha mereka masih lagi hebat dan kuat. Dijangka mengalami kehilangan ramai pemain tonggak bagi musim depan yang berhijrah ke pasukan lain. Bagi mengatasi masalah tersebut, pasukan Red Warrior ini telah mendapatkan beberapa pemain bagi mengisi kekosongan tersebut. Antara pemain yang dijangka menyarung jersi Red Warrior bagi musim depan ialah:

  • Mohamad Ghaddar dari Felda United (bekas pemain import Kelantan)
  • Safee Sali dari Johor Darul Takzim
  • Nurul Azwan Roya dari Johor Darul Takzim
  • Azimuddin Akil dari Pahang
  • Amirul Hadi Zainal dari Pahang
  • S. Chanturu dari Perak
  • Shahrul Azwari dari Harimau Muda 'A'
  • Wan Zahrul Nizam dari Harimau Muda 'A'
  • Kyril Muhymeen Zambri dari Kedah
4. Pahang

Pasukan yang menduduki tangga ke-5 dalam Liga Super Malaysia 2013, juga dikenali dengan nama Tok Gajah dijangka tidak berbelanja besar pada musim depan. Walaupun dijangka kehilangan beberapa nama besar yang menjadi tonggak pasukan. Hanya satu nama sahaja yang dikaitkan dengan pasukan ini buat masa ini. Beliau ialah:

  • Safiq Rahim dari Johor Darul Takzim
5. Terengganu

Satu lagi pasukan gergasi Pantai Timur yang kini mengalami musim kejatuhan dengan berbagai kontroversi yang melanda Persatuan sehinggalah kepada peletakan jawatan Presiden. Kini Pemimpin Persatuan Bolasepak Terengganu yang berwajah baru mensasarkan anak negeri untuk pulang bermain dengan pasukan Negeri sendiri. Pasukan ini dikenali juga dengan nama sang penyu, telah menyasarkan beberapa nama besar untuk pulang bermain di negeri sendiri. Antara pemain yang disebut-sebut untuk pulang berbakti ialah:

  • Vincent Vikana dari Kelab Petrolul Ploiesti (pemain import yang disambung kontrak)
  • Norshahrul Idlan Talaha dari Johor Darul Takzim
  • Hairuddin Omar dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  • Zairo Anuar Zailani dari Kelantan
  • Badri Radzi dari Kelantan
6. Felda United

Pasukan kelab yang hanya menduduki carta ke-11 dalam Liga Super 2013 telah berusaha untuk memantapkan pasukan bagi mengharungi cabaran bagi musim depan. Antara nama yang disebut-sebut untuk mewakili Felda United ialah:

  • S. Kunanlan dari Selangor
  • Solihin Kanasian@K.Soley dari Selangor
  • Nasriq Baharom dari Selangor
  • Adib Aizuddin Abd. Latif dari Selangor
  • Indra Putra Mahyuddin dari Kelantan
  • Shukor Adan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  • Sharulnizam Mustafa dari Perak
7. T-Team

Pasukan kelab dari Terengganu, yang juga dikenali dengan nama The Titan ini mengalami musim yang malap pada musim ini, sama seperti pasukan abangnya Terengganu. Walaupun layak ke Piala Malaysia namun tersingkir oleh Johor Darul Takzim akibat daripada perbezaan gol untuk melangkah lebih jauh. Tidak banyak yang dapat didengar daripada pasukan ini untuk mengharungi cabaran musim depan. Hanya seorang pemain sahaja yang dikaitkan untuk bermain untuk pasukan The Titans ini musim depan iaitu:

  • Safuan Baharudin dari Lions Xll, Singapura
8. Perak

Pasukan Seladang ini juga dilihat agak kebelakang dalam memperkuatkan cabaran pasukan bagi mengharungi cabaran musim depan. Hanya seorang pemain sahaja yang telah dikaitkan untuk bermain dengan pasukan ini buat masa ini, beliau ialah:

  • S. Subramaniam dari Kelantan
9. Johor FA

Pasukan ini yang bermain di Liga Perdana telah berhasrat untuk meneraju liga tersebut dengan membeli pemain import yang berkauliti iaitu:

  • Baihakki Khaizan dari Lions Xll, Singapura




Khamis, 10 Oktober 2013

Isu K-Pop: Shabery Cheek mohon disiasat

Isu K-Pop di sambutan Hari Belia Negara 2012 telah menjadi panas kembali apabila Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah mendapati Kementerian Belia dan Sukan telah membelanjakan RM2.94 juta untuk Hari Belia termasuk RM1.6 juta untuk bayaran artis K-Pop dari Korea.
dari sudut pandang, shabery Cheek, K-Pop, PAC, hari belia negara
Sebelum ini Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah menafikan bahawa bayaran sebanyak RM1.6 juta itu datangnya daripada Kementerian tetapi bayaran tersebut adalah dibayar oleh pihak swasta.

Sehubungan dengan itu, Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang kini Menteri Komunikasi dan Multimedia telah menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed supaya PAC memanggilnya bagi dia membuat penjelasan berhubung dengan isu tersebut dan sekaligus membersihkan namanya daripada tuduhan rasuah seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, Ahmad Shabery juga memohon kepada Parlimen untuk membenarkan prosiding penjelasannya kepada PAC dibuat secara terbuka dan disiarkan secara langsung di stesen televisyen.

Darisudutpandang: Aku mengharapkan agar nama Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ini dapat dibersihkan kerana sepanjang yang aku tahu, Shabery Cheek ini bukan seperti menteri-menteri yang lain kerana beliau hidup penuh dengan kesederhanaan (hanya tinggal di Apartment (lihat sini), walaupun sudah hampir 7 tahun menjadi menteri).

Rabu, 9 Oktober 2013

Rogol isteri kerana dendamkan suami

Akibat dendam dengan suami, seorang isteri telah menjadi mangsa rogol. Apa cerita ni pulak.....?

Bacalah kisah selanjutnya manusia yang hilang pertimbangan:

dari sudut pandang, rogol, culik, dendam, isteri, suamiSeorang isteri menempuh detik hitam apabila sekumpulan lelaki yang seramai 4 orang telah menculik di depan suaminya sebelum dia dirogol oleh lelaki yang berdendam dengan suaminya.

Kejadian ini berlaku ketika mangsa yang berumur 28 tahun, sedang makan malam di sebuah restoran di Setapak bersama-sama dengan suami dan keluarga mentuanya.

Sumber polis berkata, ketika mangsa asyik menjamu selera, 4 lelaki yang berpakaian serba hitam serta bersenjatakan parang dipercayai samseng upahan menghampirinya dan nekad melarikan mangsa walaupun ada cubaan menyelamatkan mangsa oleh suami dan keluarganya namun gagal kerana suspek bersenjatakan parang.

Menurut sumber, keempat-empat lelaki terbabit mengikat mata dan tangan mangsa sebelum mengheretnya masuk ke dalam kereta, lalu dibawa pergi.

Sumber itu berkata, ketika di dalam kereta mangsa menangis dan merayu minta dibebaskan, namun tidak diendahkan suspek, malah mangsa diancam untuk dicederakan dengan parang.

"4 penjenayah itu membawa mangsa ke kawasan hutan dan di situ mangsa diserahkan kepada seorang lelaki yang dipercayai dalang penculikan ini."

"Lelaki terbabit yang mengupah suspek menculik mangsa kemudiannya merogolnya. Selepas itu dia dengan selamba berkata, dia menculik mangsa dan merogolnya kerana berdendam dengan suaminya."

Menurutnya, selepas itu mangsa dibawa semula menaiki kereta oleh 4 suspek yang menculiknya ke lokasi lain, tetapi di dalam perjalanan itu mangsa membuat helah mahu membuang air kecil. Apabila dibenarkan keluar kereta di satu perhentian rehat, seorang daripada penculik itu memberitahu dia kasihankan mangsa dan menyuruh mangsa melarikan diri.

Darisudutpandang: Adakah ini cara yang terbaik untuk melepaskan dendam? Sepatutnya lelaki ini perlu berfikir secara waras tentang tindakan yang akan diambilnya.



Selasa, 8 Oktober 2013

Johor DT perkuat pasukan

Selepas tersingkir di tangan Pasukan Bolasepak Kelantan di suku akhir Piala Malaysia dengan aggregat 8-5, Pasukan Bolasepak Johor Darul Takzim telah merombak pasukan demi memperkuatkan pasukan bolasepak tersebut bagi mencapai hasrat untuk mendominasi saingan Liga Super Malaysia, Piala FA dan juga Piala Malaysia bagi musim 2014.

dari
Difahamkan akan berlaku perubahan drastik keatas pasukan di mana hanya 9 pemain sahaja akan dikekalkan iaitu
  • Muhammad Al-Hafiz Hamzah
  • Nurul Azwan Roya
  • Norshahrul Idlan Talaha
  • Jasazrin Jamaluddin
  • Mohd Akram Mahinan
  • Mohd Hadin Azman
  • Mohd Nazri Ahmad
  • Aidil Zafuan Abd Radzak
  • Safiq Rahim
Manakala pemain lain akan diserapkan ke pasukan Johor di Liga Perdana. Tidak termasuk Muslim Ahmad yang mungkin akan disingkirkan berikutan prestasi tidak memberangsangkan sepanjang kempen Piala Malaysia dan saingan Liga Super.

Bagi Safee Sali pula, kedudukannya di dalam pasukan Johor DT masih samar sama ada dia akan beraksi bersama Johor di Liga Perdana atau kembali menyertai kelab asalnya, Arema FC pada saingan Liga Super Indonesia selepas kontrak pinjamannya berakhir pada November ini.

Selain itu Johor DT akan diperkuatkan dengan kehadiran Mohd Amri Yahyah, Mahali Jasuli, Mohd Asraruddin Putra Omar dan Norazlan Razali.

Skuad Johor DT juga telah melengkapkan kuota 3 pemain import selepas mengikat bekas pemain Argentina, Pablo Aimar, bekas pemain bawah 21 tahun Sepanyol, Braulio Rodriquez dan pemain tengah LionsXll, Harris Harun.

Atas niat untuk mendominasi saingan pada tahun hadapan, pasukan Johor DT juga telah melantik ketua jurulatih Cesar Ferrando Giminez bagi mencapai hasrat tersebut.


Ahad, 6 Oktober 2013

Pengalaman memandu uji kereta segmen SUV

Jom pergi pandu uji kereta... Ehh sejak bila pulak aku jadi pemandu uji kereta ni....hahaha. Janganlah pulak salah sangka yea tapi inilah aktiviti aku sejak 3-4 minggu yang lalu. Sehinggakan anak aku dah tahu dan jemu dengan aktiviti aku ini pada setiap hari sabtu. Nasib baiklah isteri aku masih setia menemani aku dan menjadi salah seorang pengkritik dan pencadang dalam pemilihan kereta ini.

Sebelum itu, janganlah kata aku berlagak pulak bila aku menulis tentang artikel pandu uji ini. Sebenarnya aku tulis ni pun sebab nak minta pendapat korang tentang kereta-kereta yang aku pandu uji ni sebab aku dah pening nak pilih yang mana satu....tolonglah yea.

Mengapa aku pilih SUV?

Senang ceritanya sebab sekarang ni aku pakai kereta jenis MPV jadi nak tukar ke kereta aku rasa terlalu janggal sangat sebab kereta kedudukannya rendah jadi aku pilih SUV sebab keretanya tinggi. Bila tinggi ni, kita 'confident' sikit bila bawa kereta sebab pemandangannya luas. Lagipun senang nak masuk ke dalam kereta dan nak keluar dari kereta. Selain itu aku mementingkan keselesaan bagi penumpang. Tak ada kereta yang memberikan ruang kaki yang luas selain SUV dan MPV. (Ada kereta yang luas untuk penumpang belakang tapi budget aku tak sampai untuk membeli kereta seperti itu)

Antara kereta yang telah aku pandu uji selama 3-4 minggu ini adalah daripada jenama Kia, Hyundai, Mazda, Ford dan Honda.

1. Kia Sportage 2.0

dari sudut pandang, pandu uji, Kia Sportage, full spec

Jika tengok dari segi rekabentuk luarannya memang aku berkenan gila dengan kereta ni. Dengan bentuknya yang garang seakan-akan bentuk Range Rover Evoque dari cermin tingkap yang kecil (kereta idaman aku tu, Insya Allah, aku akan cuba dapatkan kereta ini satu hari nanti) memang kereta Sportage ini menjadi toplist aku sebelum pandu uji lagi.

Kereta ini dihidupkan dengan 'push start button'. Enjinnya hampir tidak kedengaran daripada dalam. Semasa aku duduk didalam kereta ni ianya memang sungguh selesa sebab kerusinya seakan-akan memegang badan kita (bucket seat) begitu juga dengan kerusi dibahagian belakang.

Berikut adalah ulasan dan pendapat aku berkenaan kereta ini:
  • Enjin Theta ll, 1998 cc CVVT menghasilkan 166ps dan 197Nm tork, aku rasa agak kurang power sebab bila aku tekan pedal minyak, tindakan enjinnya agak lambat ketika bermula gear pertama tetapi apabila ianya berada dalam gear ke3 agak terasa 'pickup' kereta ini. (terasa agak berat ketika permulaan). Aku juga mencuba gear manual pada kedudukan pegun dan barulah terasa enjinnya bertindak agak cepat.
  • Gadjet yang dipasang di dalam kereta ini sepatutnya dipasang juga di dalam kenderaan SUV yang lain, dengan kata lain Sportage ini adalah 'full specs'. - push start button, leather seat, kerusi pemandu berkuasa elektronik (8 cara boleh ubah), fungsi AUX, USB, Ipod, Bluetooth, 2 bumbung panorama (anak aku suka sangat dengan bumbung ini), transmisi 6 kelajuan automatik, 6 beg udara (airbags), ABS, EBD, Downhill Brake Control, Hill-Start Assist Control, Cornering Brake Control, Brake Assist Sistem dan Traction Control Sistem serta ESP. Jika dilihat di stereng dan di papan pemuka terdapat begitu banyak suis (button).
  • Kerusinya agak selesa dengan 3 orang di kerusi belakang, dengan ruang kaki yang luas.
  • Kereta ini terasa agak berayun ketika melalui selekoh.
  • Ruang kelegaan antara bumbung dan kepala agak rendah dan ini telah menyebabkan kepala anak aku terhantuk pada bumbung kereta ketika hendak masuk ke dalam kereta. (Itu tak kira lagi jika Ayah Mentua aku naik kereta ini)
  • Apa yang aku suka adalah kedudukan monitor kamera belakang yang berada di cermin pandang belakang kerana ianya boleh mengelakkan silau jika diletakkan di papan pemuka bagi kebanyakan model.
  • Salesman beritahu aku yang kadar penggunaan minyaknya adalah dalam lingkungan 18sen untuk 1 km. (Kalau fakta ni tak betul tolong bagitahu).
  • Aku diberitahu juga bahawa kereta ini adalah mengikut spesifikasi Eropah, disebabkan itu spesifikasinya adalah tinggi tetapi yang menjadi persoalannya adakah ianya sesuai digunakan di Malaysia yang mana cuaca di sini adalah berbeza dengan Eropah (dari segi suhu). Yang membimbangkan aku adalah enjin kereta ini mungkin akan mengalami 'over heating'??
Panjang keseluruhan 4440 mm manakala lebarnya adalah 1855 mm.

2. Hyundai Tucson 2.0


dari sudut pandang, Hyundai Tucson, pandu uji, segmen SUV

Kereta ini aku pandu uji kerana isteri aku berkenan sangat dengan kereta ini. Menurut isteri aku, bentuknya agak feminin jika dibandingkan dengan bentuk Kia Sportage.

Berikut adalah ulasan dan pendapat aku berkenaan dengan kereta ini.
  • Enjin kereta ini sama dengan Kia Sportage iaitu Theta ll, 1998 CVVT yang menghasilkan 166ps dan 197Nm tork. Disebabkan itu terasa juga yang enjin ini kurang 'power'. Berbeza dengan Sportage, enjinnya boleh didengari 'mengaum' daripada dalam kereta ketika cuba memotong kenderaan.
  • Gadgetnya agak kurang jika dibandingkan dengan Sportage. Namun begitu ianya memberikan 6 beg udara, push start button, transmisi 6 kelajuan dan sebagainya. (Spesifikasinya berbeza mengikut type kereta: Tucson menawarkan 3 type iaitu Elegance, Executive dan Premium.)
  • Kerusinya bukan jenis 'bucket seat' dan ianya memberikan keselesaan yang lebih di ruangan penumpang belakang jika penumpang lebih daripada 3 orang.
  • Disebabkan enjinnya sama dengan Sportage, penggunaan minyaknya juga adalah sama iaitu 18 sen untuk 1km.
Panjang keseluruhan 4410 mm, manakala lebarnya 1820 mm.

3. Mazda CX5 2.0


dari sudut pandang, pandu uji, Mazda CX5, stok

Jenama kereta ini, akhir-akhir ini kelihatan banyak dijalan raya. Ini mungkin kerana penggunaan minyaknya yang sangat jimat jika dibandingkan dengan SUV yang lain.

Aku diberitahu yang senarai menunggu bagi kereta jenama ini hampir mencapai 150 orang. Ini bermakna jika aku memilih kereta jenama ini aku terpaksa menunggu sehingga 4 bulan untuk mendapatkannya.

Berikut adalah ulasan dan pendapat aku berkenaan dengan kereta ini:
  • Enjin Skyactiv G 2.0 yang menghasilkan 155ps dan 200Nm tork. Ketika bermula daripada pegun terasa yang kereta ini agak berat. Begitu juga ketika ingin memecut, terasa enjinnya kurang memberikan respon yang diharapkan. Ini mungkin kereta ini di 'setting' demikian bagi menjimatkan minyak.
  • Bunyi enjinnya dapat didengari daripada dalam ketika menekan pedal minyak untuk memotong kenderaan dihadapan.
  • Gadget kereta ini berbeza antara satu sama lain mengikut type. Mazda menawarkan 3 type iaitu 2WD mid spec, 2WD high spec dan 4WD high spec.
  • Kerusinya adalah kerusi kulit dan agak selesa di bahagian pemandu dan penumpang belakang tetapi sayangnya kerusi di bahagian penumpang belakang agak tegak. Isteri aku mengadu yang pinggangnya agak sakit disebabkan kedudukan kerusi belakang tersebut. Aku ada bertanyakan kepada jurujual tentang kerusi bahagian penumpang belakang sekiranya kerusi tersebut diturunkan ke belakang sedikit tetapi katanya kerusi bahagian belakang tidak boleh diturunkan lagi.
  • Aku diberitahu minyak yang digunakan untuk menggerakkan kereta ini dalam 1km hanya 13sen. Sungguh menjimatkan berbanding dengan jenama kereta yang lain. (dalam segmen yang sama).
Panjang keseluruhan 4555 mm, manakala lebarnya 1840 mm. Berat keringnya pula 1522 kg.

4. Honda CRV 2.0


dari sudut pandang, pandu uji,2010 Honda CR-V


Aku seboleh yang mungkin ingin mengelakkan daripada memandu uji kereta Honda. Ini kerana aku ingin lari daripada kebiasaan orang Malaysia yang hanya memilih kereta Honda dan Toyota. Namun akhirnya aku tersesat (lebih kepada godaan ingin mencuba apa yang bagusnya Honda) juga ke showroom mereka.

Berikut adalah ulasan dan pendapat aku berkenaan dengan kereta ini:
  • Berdasarkan bentuk luaran kereta ini, aku dapati kereta ini kelihatan amat besar dan panjang serta gagah. (Sebenarnya Mazda CX5 lebih panjang 10mm)
  • Enjin dari jenis SOHC 4 Cylinder 16 Valve i-VTEC yang menghasilkan 155PS dan 190Nm tork. Ketika bermula daripada pegun, aku dapat merasai yang enjin ini perlu bekerja dengan kuat untuk menarik 'body'nya yang besar dan berat. Sememangnya betul kerana ketika aku ingin memotong kenderaan di depan, aku dapati enjinnya langsung tidak memberikan respon yang aku kehendaki.
  • Menawarkan 5 transmisi kelajuan berbanding dengan pesaing yang lain (6 transmisi kelajuan).
  • Jika melihat kepada gadget yang dimiliki oleh CRV ini amat ketinggalan berbanding dengan jenama yang lain kerana masih menggunakan kunci (push start button hanya untuk CRV 2.4 sahaja) dan juga memberikan 4 beg udara sahaja. Manakala bagi kerusi pula dibaluti dengan fabrik.
  • Disebalik kekurangan tersebut, aku amat sukakan kereta ini kerana ruangan penumpang belakang yang amat luas berbanding dengan jenama kereta yang lain. Selain itu, ruangan barangan juga amat luas. Disamping itu, terdapat juga corong aircond untuk penumpang belakang.
  • Bagi kegunaan minyak pula, aku diberitahu yang ianya memerlukan 20sen untuk menggerakkan kenderaan ini sejauh 1km.
Panjang keseluruhan 4545 mm, manakala lebarnya 1820 mm. Berat kering pula 1540 kg.

5. Ford Kuga 1.6


dari sudut pandang, pandu uji, Ford Kuga

Sebenarnya aku tidak tahu pun yang Ford ada melancarkan jenama kereta SUV yang baru. Apa yang aku tahu hanya Escape. Kebetulan ketika aku pulang dari kerja, aku ternampak satu kereta SUV dan bila diamati ianya adalah dari jenama Ford dengan nama Kuga.

Jangan buat tanggapan yang bukan-bukan jika korang rasa enjinnya yang kecil takkan mampu menarik 'body'nya yang besar kerana dari pandu uji aku, ianya adalah sebaliknya.

Berikut adalah ulasan dan pandangan aku berkenaan dengan kereta ini:
  • Enjin 1.6L GTDI 14 DOHC 16V Ti-VCT, memberikan 180PS dan 240Nm tork. Jika dilihat daripada kuasa dan torknya kita sudah dapat agak betapa berkuasanya kereta ini walaupun enjinnya hanya bersesaran 1596cc sahaja. Bermula daripada keadaan pegun, tidak terasa body'nya yang berat kerana enjinnya memberikan respon yang diharapkan. Mengikut perkiraan aku 'soft turbo'nya akan bermula ketika 2500rpm. Dengan kereta ini aku tidak risau untuk memotong kenderaan lain didepan.
  • Boleh kedengaran enjinnya yang mengaum daripada dalam kereta.
  • Memberikan perlindungan dengan 7 airbags.
  • Gadgetnya yang paling aku suka ialah bonet belakang boleh dibuka dengan menghulurkan kaki di bawah kereta belakang. Selain itu ianya juga  boleh dibuka dengan 'remote button'.
  • Bagi kerusi pula, aku dapati ianya terlalu ringkas kerana hanya dibalut dengan fabrik.
  • Bagi kerusi penumpang belakang pula aku dapati ianya terlalu kecil dan nipis. Jika penumpang yang berbadan besar duduk diruangan belakang pastinya tidak akan selesa. (Kelihatan macam murah, tidak padan dengan harga kereta ini yang mahal)
  • Bagi kegunaan minyak pula, aku diberitahu bagi menggerakkan kereta ini sejauh 1km ianya memerlukan 16sen.
Panjang keseluruhan kereta ini adalah 4524 mm, manakala lebarnya adalah 1838 mm. Berat keringnya adalah 1682kg.

Kesimpulan: Ini yang payah sebenarnya kerana sehingga ke saat ini aku tak tahu mana kereta yang terbaik, kerana setiap kereta menawarkan perasaan yang berbeza ketika pandu ujinya.

Jika aku memilih Honda CRV kerana nilai selepas jualan dan juga keselesaan yang ditawarkannya maka aku terpaksa melupakan gadjet-gadjet yang terkini yang terdapat di dalam jenama kereta yang lain dan yang lebih teruk Honda CRV hanya menawarkan 4 beg udara untuk pemandu dan penumpang hadapan sahaja. Selain itu kegunaan minyak yang agak banyak jika dibandingkan dengan jenama kereta yang lain menyebabkan aku perlu berfikir banyak kali jika benar-benar memilih model ini. (Aku risau jika harga minyak naik lagi).

Dalam banyak-banyak kenderaan yang aku pandu uji ini, aku amat tertarik dengan Ford Kuga dari segi prestasinya enjinnya. Tekan sikit aje pedal minyaknya, 'mencana-canak' dia pergi. Ini kalau nak 'ciluk-ciluk' memang tak jadi masalah. Aku teringat ketika aku pandu VW Golf dulu, prestasi enjin Ford Kuga ini seperti itulah cuma bezanya Ford Kuga ini tinggi dan besar. Kalau aku mementingkan darah muda mungkin inilah kenderaan yang aku pilih, tapi disebabkan aku dah berkeluarga mungkin prestasi bukan lagi keutamaan kerana sekarang ini keselesaan isteri dan anak-anak lebih aku utamakan. Bukan bermakna Ford Kuga ini tidak selesa tapi ada kenderaan lain lagi yang lebih menawarkan keselesaan dan ruangan dalaman yang lebih 'prestige' berbanding apa yang terdapat di dalam Kuga ini.

Jika aku memilih kenderaan yang 'full spec' iaitu gadjet yang perlu ada bagi sebuah SUV sudah pastinya, aku akan memilih Kia Sportage. Selain itu, bagi aku, Kia Sportage ini menawarkan apa yang aku cari iaitu keselesaan, keselamatan, perlindungan kemalangan untuk penumpang belakang dan sedikit prestasi daripada enjinnya. Selain itu, waranti yang ditawarkan selama 5 tahun untuk alat ganti  tanpa mengikut 'mileage' juga menjadi penarik kepada keputusan aku tapi aku sebenarnya masih berbelah bahagi kerana aku tahu yang kereta ini di pasaran Malaysia tiada harganya. Kata seorang kawan yang masih terngiang-ngiang di telinga aku ialah "kereta jenama dari Korea ini akan jatuh harga sehingga 60 peratus hanya dalam tempoh 5 tahun".

Bagi isteri aku pula, dia memilih Hyundai Tucson kerana ianya lebih selesa jika dibandingkan dengan Kia Sportage. Disebabkan ini aku menjadi semakin pening untuk memilih yang mana satu yang paling terbaik untuk aku dan keluarga.

Darisudutpandang: Buat semua pembaca yang budiman, jika anda mempunyai pengalaman berhubung dengan kereta-kereta ini, bolehlah sekiranya memberi pandangan anda untuk membantu aku membuat pilihan yang terbaik. Segala pandangan anda, aku ucapkan terima kasih......





Khamis, 3 Oktober 2013

Fizz Fairuz bakal kahwini Almy Nadia

Dulu bercinta selama 7 tahun, kemudiannya bertunang dengan perempuan lain dan putus, Fizz Fairuz akhirnya mengaku yang dia sebenarnya telah 'merujuk' kembali dengan bekas kekasihnya dan akan berkahwin.

dari sudut pandang, fizz fairuz, almy nadia, kekasih, 7 tahun, pelakon, nur kasihFizz Fairuz, 34 berkata, "Saya serius ingin berkahwin dengan Almy Nadia, 27 dan kali ini ia bukan main-main. Kami juga sudah melalui susah dan senang bersama dalam hubungan sebelum ini. Sepanjang 7 tahun kenal dengannya, saya yakin Almy adalah calon terbaik untuk dijadikan isteri,"

Menurut pelakon ini, dia merancang untuk berkahwin dengan Almy pada tahun hadapan.

"Saya juga ingin berjumpa dengan ibu Almy dan berbincang soal kahwin dalam tempoh terdekat ini. Almy juga sudah tahu mengenai perkara ini dan dia hanya mengikut saja apa yang saya rancangkan.

"Sebenarnya, saya yang minta Almy 'tutup mulut' mengenai perancangan untuk berkahwin sebelum ini kerana saya tidak mahu perkara ini diketahui lebih awal sehingga saya bersedia berjumpa keluarganya untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan kami iaitu ke jenjang pelamin.

"Mengikut perancangan, kami tidak akan bertunang sebaliknya terus bernikah kerana perkara yang elok perlu dipercepatkan. Saya amat bersyukur kerana Almy sudi menerima saya semula dalam hidupnya selepas apa yang terjadi sebelum ini."

Darisudutpandang: Baguslah macam tu. Kata orang kalau dah jodoh tu tak akan ke mana. Walau apa pun yang berlaku....... Tahniah buat Fizz Fairuz dan Almy Nadia.




Ustaz Azhar Idrus (UAI) jadi pelakon

Ustaz Azhar Idrus (UAI) bukan sahaja terlibat dalam bidang dakwah tetapi sekarang beliau juga akan terlibat dalam filem sebagai pelakon.

dari sudut pandang, ustaz azhar idrus, UAI, pendakwah bebas, blog, youtubeItulah yang menjadi desas-desus sekarang ini apabila David Teo menawarkan peluang kepada Ustaz Azhar Idrus untuk menjadi pelakon dalam filemnya yang berjudul " Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang".

Filem arahan Pierre Andre itu mencetuskan pendebatan apabila nama pendakwah bebas terkenal ini turut disenaraikan sebagai salah seorang pelakon. 

Ramai pihak menganggap produser ini hanya menggunakan populariti  Ustaz Azhar untuk melariskan filemnya.

"Sebenarnya Ustaz Azhar bukan satu-satunya pilihan kerana kami juga menyenaraikan beberapa nama pendakwah lain termasuk Ustaz Don Daniyal. Bagaimanapun Ustaz Azhar jadi pilihan kerana dia amat dihormati ramai, selain dia sendiri berasal dari Terengganu.

"Filem ini turut menggunakan loghat Terengganu dan Ustaz Azhar selayaknya dipilih. Watak yang diberikan pun sesuai dengan dia. Ustaz Azhar bukan pelakon, tetapi watak yang diberikan asli dengan karakternya sebagai pendakwah."

Darisudutpandang: Bagi aku tak ada salahnya jika Ustaz Azhar Idrus berlakon dalam filem dengan syarat ianya tidak melanggar syariat yang dibenarkan. Ini mungkin dapat memperkembangkan lagi dakwah islam kepada orang bukan islam. 




Mati buat kali ke-2

Tiada yang mustahil bagi Allah kerana Dialah yang menghidup dan mematikan hambaNya. Walaupun peristiwa ini berlaku kepada hambanya yang tidak beriman namun itu adalah sebagai petunjuk bahawa Allah amat berkuasa dalam segala perkara.

dari sudut pandang, mati kali ke2, doktor, hospital
Peristiwa ini telah mengemparkan para penduduk kampung Kuala Gula apabila Tan Chai Jek, 69 telah disahkan mati oleh seorang doktor telah hidup semula 4 jam selepas itu.

Warga emas ini telah disahkan mati pada pukul 8 pagi dirumahnya oleh seorang pegawai perubatan telah mengejutkan ahli keluarga apabila tiba-tiba membuka mata dan menggerakkan bibirnya ketika diletakkan di dalam keranda 4 jam kemudian.

Adiknya, Chai Soon, 50-an berkata, kejadian menggemparkan itu berlaku ketika seluruh ahli keluarganya membuat persiapan untuk upacara sembahyang dan pengebumian.

"Selepas dimandikan, dia dipakaikan sepasang pakaian khas dan diletakkan ke dalam keranda dihadapan rumah lebih kurang jam 1:30 tengahari.

"Ketika ahli keluarga menjalankan upacara sembahyang bagi meratapi pemergian mendiang dan namanya disebut-sebut seorang anaknya, tiba-tiba kakak saya membuka matanya dan menggerakkan bibir seolah-olah hendak berkata sesuatu." katanya.

Kejadian itu benar-benar menggemparkan semua yang hadir, malah ada yang ketakutan apabila mendapati wanita itu hidup semula.

Tan berkata, mereka yang terkejut dengan kejadian itu segera menghubungi semula doktor yang merawat kakaknya sebelum ini dan meminta membuat pemeriksaan semula.

Menurutnya, doktor turut terkejut apabila mendapati nadi wanita berkenaan berdenyut semula, tetapi sangat lemah dan kemudian mengesahkan wanita itu sebenarnya masih hidup.

"Doktor terbabit mengarahkan kami memanggil ambulans untuk membolehkan kakak mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.

"Bagaimanapun, pihak hospital kemudian mengesahkan kakak saya meninggal dunia kali ke-2 pada jam 3:15 petang berikutan keadaan degupan jantungnya amat lemah sewaktu hidup semula," katanya.

"Sebelum mati, kami difahamkan dia tidak mengalami sebarang penyakit kronik, cuma 3 hari lalu dia ada mengadu mengalami sakit di bahagian belakang.

Darisudutpandang: Setiap yang hidup pasti akan merasai mati, itu adalah pasti. Dalam kes ini, walaupun berlaku kepada hamba Allah yang bukan beriman padaNya, namun Allah amat berkuasa dalam segala hal. Dialah yang mengatur perjalanan hambaNya dan menentukan jodoh, rezeki dan ajal hambaNya.

Sebagai hamba yang beriman kepada Allah, jadikan peristiwa ini sebagai pengikhtibaran kepada kita semua.




Rabu, 2 Oktober 2013

Mati kerana ikutkan nafsu

Bila nafsu menguasai diri, manusia hilang segala pertimbangannya. Inilah yang berlaku kepada satu pasangan dari Ukraine.

dari sudut pandang, mati ketika seks, mabuk, nafsuAkibat tidak dapat menahan nafsu seks, satu pasangan telah melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang waras iaitu melakukan seks di atas landasan keretapi. Akibatnya seorang wanita telah mati serta merta akibat dilanggar oleh keretapi manakala pasangannya pula putus sebelah kaki.

Lelaki yang berusia 41 tahun yang terselamat dalam kejadian itu berkata, "Kami tidak dapat menahan nafsu seks dan melakukan diatas landasan keretapi selain ingin merasai perasaan melakukan seks di atas landasan keretapi."

Polis mempercayai bahawa pasangan tersebut mabuk semasa kejadian.

Darisudutpandang: Manusia dikurniakan akal fikiran untuk digunakan dan membezakan antara yang baik dan buruk. Jika nafsu yang diikutkan inilah yang berlaku.

Jika difikirkan ini mungkin kes yang terpencil (yang berlaku di Ukraine) tetapi kita jangan lupa di Malaysia juga disebabkan ikut nafsu, ada pasangan yang ingin melakukan seks melakukannya di dalam semak, di rumah kosong, di dalam kereta dan sebagainya.

Ini boleh membahayakan nyawa pasangan tersebut kerana jika berdua-duaan di tempat yang sunyi mungkin berlaku perkara lain pula misalnya dirompak, diculik dan yang lebih sadis dirogol pula nanti oleh lelaki-lelaki lain.

Adalah lebih baik jika sudah tidak dapat menahan nafsu, kahwin sajalah kan itu lebih baik dan lebih seronok.





10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...